mengemas rumah

Pagi2 lagi sudah ke lab, rupa2nya semua pintu ditutup kerana kampus universiti ditutup untuk cuti musim sejuk. Dan bermula acara tahunan iaitu mengemas rumah dan bagi orang Jepun dipanggil 大掃除「おおそうじ」(oosouji: mengemas rumah besar2an). Alya mengemas meja dan buku2nya, Zakwan dan Zarul mengemas barang permainannya dll. Budaya Jepun membersihkan luar dan dalam rumah sebelum menyambut tahun baru adalah seperti acara kekeluargaan yang mengumpulkan semua ahli keluarga sebelum menyambut Tahun Baru (seperti kita menyambut Hari Raya). Jika ke supermarket, ada disediakan ruang alat2 dan segala jenis sabun untuk membersihkan rumah. Mungkin agak keterlaluan tetapi itulah orang Jepun yang kebanyakkannya berdarah A; perfectionist, cepat mengelabah bila dipinggirkan (suka kerja berpasukan) dsb. Orang Jepun yang taat pada undang2 dan peraturan sehingga menyebabkan kehidupan mereka penuh dengan tekanan (stress) di mana2 dari tempat kerja, sekolah sehinggalah di dalam rumah. Bila kita berpakaian atau berkelakuan dari dari mereka, semua mata memandang pada kita terutama semasa di tempat awam. Satu perkara aneh tapi benar adalah warna kesukaan mereka adalah kelabu, putih atau hitam. Ini boleh kita lihat dengan jelas pada warna kereta2 mereka, agak sukar untuk melihat kereta yang berwarna merah, hijau dll. Semasa kami mencari kereta, jurujual ada menanyakan kami adakah kami mahu kereta berwarna merah atau warna yang terang kerana kuantitinya sangat terhad. Dan kerana itu juga ramai murid2 sekolah yang membunuh diri hanya kerana disisihkan oleh kawan2nya (salah satu bentuk buli). Inilah fenomena yang sangat ketara di sini dan mungkin berlaku di Jepun??

p/s: bagus juga di Malaysia dengan masyarakat berbilang bangsa dan adat

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: