railway museum

Bertolak lewat sedikit kerana tiba2 terfikir nak ke 鉄道博物館「てつどうはくぶつかん」(tetsudo hakubutsukan: Railway Museum) di Omiya, Saitama Prefecture. Dari rumah kami mengambil masa dalam 2 jam dan sampai di sana pada pukul 1:30 petang. Bayaran masuk: 1000 yen untuk Papa dan Mama, 500 yen untuk Alya dan 200 yen untuk Zakwan. Ada banyak juga boleh dilakukan disini seperti mencuba simulasi membawa subway, train dan shinkansen. Disebabkan kami datang agak lewat, ada beberapa “attraction” tidak dapat kami cuba kerana semua telah habis di”booking”. Yang menariknya, disebabkan museum ini dibina di sebelah track shinkansen dan train, anak2 dapat melihat berbagai jenis shinkansen ke Nagano, Niigata dan ke utara pulau Honshu dan ada banyak pameran yang memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri dan amat sesuai untuk anak2 belajar sambil belajar. Ada model keretapi berbagai jenis yang diceritakan secara interaktif bunyi dan cahaya bagaimana setiap keretapi berfungsi. Di ruang pameran keretapi sebenar, ditunjukkan koc keretapi dari zaman Meiji sehingga sekarang. Shinkansen adalah kesukaan Zakwan dan Zarul dengan kelajuan dan bentuknya yang menarik. Mungkin akan ke sana lagi untuk mencuba simulasi dan pelbagai “attraction” yang tidak sempat dicuba.

p/s: teknologi keretapi Jepun pada asalnya diambil dari UK sehinggalah sekarang yang termaju di dunia…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: