bermula cuti musim sejuk untuk alya

Hari ini bermulalah cuti musim sejuk untuk Alya. Papa ke lab disebelah pagi sehingga solat Jumaat sahaja. Selepas itu, melayan anak2 dirumah dan hanya keluar ke Jusco di Shinagawa selepas waktu Maghrib. Kami keluar lewat kerana Alya dan Zakwan perlu ke Kumon sebelum bercuti musim sejuk. Hari ini diadakan parti hujung tahun di Kumon untuk mereka. Alya dan Zakwan telah menunjukkan peningkatan selepas sebulan ke Kumon untuk belajar matematik. Keputusan penilaian Alya di sekolahnya juga menunjukkan peningkatan kerana ada beberapa penilaian diberikan “◎” iaitu terbaik. Target seterusnya untuk penggal depan adalah semua “◎” dan Alya telah meminta “sesuatu” jika berjaya mendapat apa yang ditargetkan. Semasa di Jusco, sudah banyak bahan2 atau barang2 untuk persediaan menyambut tahun baru bagi orang2 Jepun dijual seperti bahan untuk membuat お節料理「おせちりょうり」(osechi ryouri: makanan menyambut tahun baru). Bagi orang Jepun, tahun baru adalah seperti menyambut Hari Raya untuk orang Islam. Mereka akan memberi お年玉「おとしだま」(otoshidama: duit angpaw) kepada kanak2 termasuk anak2 yang masih belum berkahwin, makan お雑煮「おぞうに」(ozouni: sup yang diletakkan mochi) dsb. Alya sudah meminta kami membawanya ke onsen atau berjalan2 untuk memenuhi hari cutinya. Ada beberapa tempat yang telah dipilih, cuma bilakah tarikhnya masih belum ditetapkan.

p/s: Isnin depan akan ke lab lagi untuk menyiapkan beberapa kerja yang masih ada…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: