pemeriksaan selepas seminggu

Di Jepun, tiada cuti umum pada hari Krismas walaupun Krismas disambut meriah (hanya untuk pasangan muda mudi). Dekorasi lampu2 pada bangunan2 dan pokok2 di sepanjang jalan amat jelas menunjukkan orang Jepun meniru2 budaya barat walaupun mereka tidak beragama. Berbeza dengan orang Korea yang menyambut hari Krismas dengan meriah sekali. Pada tahun lepas, kami sekeluarga telah ke Korea dan amat terkejut dengan sambutan hari Krismas mereka yang sangat meriah dengan lampu2 dan orang ramai pada malam sebelum Krismas. Jalan2 penuh sesak dengan kereta2 dan orang ramai yang berpusu2 meraikannya.
Hari ini Papa dan Mama ke klinik sekali lagi untuk melakukan pemeriksaan seminggu untuk Papa dan sehari selepas menjalani prosedur lasik untuk Mama. Menurut “karte” atau rekod kesihatan, kedua2 mata bertambah baik dan keputusan pemeriksaan “power” penglihatan adalah:

  • mata kanan: 0.06 -> 1.5
  • mata kiri: 0.05 -> 2.0.

Sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan cuma tidak dibenarkan berenang dan aktiviti lasak. Sudah tidak perlu memakai cermin mata hitam jika berada di luar dan memakai penutup mata semasa tidur. Pemeriksaan seterusnya dan terakhir adalah selepas 3 bulan nanti. Keputusan “power” penglihatan Mama adalah:

  • mata kanan: 0.06 -> 1.2
  • mata kiri: 0.06 -> 1.2.

Keputusan ini akan kekal atau berubah boleh diketahui semasa pemeriksaan seminggu nanti. Mungkin Mama telah memakai cermin mata sejak berumur 12 tahun dan Papa pula sejak berumur 15 tahun. Mungkin perbezaan lama masa pemakaian cermin mata menyebabkan keputusan berbeza?? Atau ada sebab lain??

p/s: Berlainan sekali muka Mama yang telah lama memakai cermin mata dan anak2 pun hairan dengan perubahan tersebut…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: