giliran mama

Pagi2 lagi sudah keluar dari rumah ke Yurakucho-eki untuk menjalani operasi lasik. Sempat tangkap gambar terakhir memakai cermin mata di Ishikawadai-eki. Zakwan ikut sama ke klinik dan hanya dapat duduk diam selama 1 jam setengah sahaja. Selepas itu, mula hendak jalan2 dan pergi makan dsb. Mama keluar dari bilik pemeriksaan dalam pukul 1:15 tengahari dan terus ke restoran berhampiran untuk makan tengahari. Zakwan makan berselera sekali mungkin juga kerana lapar setelah menunggu lebih 2 jam di klinik. Sebelum balik sempat ke Krispy Kreme dan membeli 1 dozen “sugar glazed doughnuts”. Alya yang memesan donut hanya dengan gula kerana pernah beberapa kali membeli 1 dozen “assorted doughnuts” dan kurang mendapat sambutan dari anak2. Mama masih tidak boleh nampak dengan jelas dan katanya sakit yang mungkin juga kurang selesa kerana tidak pernah memakai kanta lekap. Kita akan berasa kurang selesa selepas menjalani prosedur lasik kerana kornea (kanta) mata akan dipotong berbentuk “C” untuk membolehkan laser digunakan untuk mem”bakar” sel di bawah kornea…?? Mungkin ada pakar mata boleh membetulkan fakta ini jika salah..hehe…

p/s: kita akan boleh nampak seperti biasa selepas beberapa jam

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: