yang dihajati tercapai

Sudah lama Mama menginginkan kereta untuk memudahkan kami keluar berjalan2 membawa anak2 terutama Zafri yang masih kecil. Walaupun kami telah membuat “poll” di sini, tetapi Mama telah lama memilih Estima Aeras G Edition. Lama juga kami mencari dari Internet dan melihat sendiri di kedai kereta terpakai. Akhirnya, kami jumpa kereta yang mengikut spesifikasi pilihan Mama seperti: reverse camera, sunroof, auto sliding door, wood panel pada stearing, dashboard dan pintu, seat warna ivory dll. Kemudahan internet memudahkan kami mencari dan terjumpa di Tokyo juga tetapi bukan di 23 “wards” (tokyo metropolitan). Terpaksa menaiki keretapi selama 1 jam setengah untuk ke sana iaitu di Hamura. Prosedur membeli kereta sehingga menukar nama pada geran kereta mengambil masa yang agak lama kerana “paper work” yang agak banyak perlu dilakukan. Antaranya: membuat perjanjian parking kereta dengan real-estate, membuat parking registration di Balai Polis berdekatan dll yang perlu dilakukan sendiri. Antara perkara yang dilakukan oleh penjual adalah: pemeriksaan kereta (mungkin puspakom jika di Malaysia, insurans kereta (wajib), penukaran nama di geran dll. Semasa membeli kereta ini, kami meminta supaya ditukarkan 消耗品「しょうもうひん」(syoumouhin: wear off parts) dan semasa diserahkan kereta kami terkejut hampir semua parts diganti seperti tayar (semua), bateri, timing belt, filters, oils, brake pad dll. Dan yang membuatkan kami terkejut lagi adalah ditunjukkan buku maintenance records dan disitu ada catatan maintenance dari maintenance bulan pertama oleh orang yang terdahulu. Sungguh teliti dan cermat mereka menjaga kereta.
Ini adalah kereta kami atas pilihan Mama:

tempat "pilot"

tempat "pilot"


mama & kids

mama & kids

p/s: parking di sini yang muat2 kereta sahaja, amat berguna reverse camera semasa meletakkan kereta

-nash-

Tagged: ,

One thought on “yang dihajati tercapai

  1. rudy December 26, 2008 at 12:51 pm

    wah wah wah…omedetou dah ada kereta best! pasni bawak blk mesia wooo~

    biasa je…cuma sng la sikit nak bawak anak2 pi jln2…sbb maklum la…org jepun ni bukan suka sgt budak2…esp dlm densya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: