lasik: pemeriksaan “follow-up”

Salah satu “side effect” selepas menjalani prosedur lasik, mata kita akan menjadi “dry eye” dan amat terasa semasa bangun dari tidur. Semasa mandi, terpaksa meminta pertolongan Mama untuk membasuhkan rambut agar mengelakkan air dari masuk ke dalam mata. Pemeriksaan “follow-up” hanya mengambil masa 30 minit dari pemeriksaan “power” mata dengan menggunakan carta dengan huruf “C” berbagai arah dari besar sehingga ke kecil. Di Jepun, biasanya menggunakan carta huruf “C” untuk mengetahui “power” mata dan bukannya carta huruf seperti di Malaysia. Kita cuma perlu menyebut kiri, kanan, atas atau bawah mengikut arah “C” tersebut. Kita juga diberitahu 効き目「ききめ」(kikime: belah mata yang selalu digunakan seperti tangan kiri atau kanan). Sebelah mata kiri boleh melihat sehingga huruf di barisan yang paling bawah iaitu 2.0 jika mengikut “power” mata disini dan sebelah kanan pula sehingga barisan kedua bawah iaitu 1.5. Mata sebelah kanan adalah kikime dan mungkin disebabkan itu “power”nya kurang sedikit kerana selalu digunakan. Sangat teruja dengan keputusan tersebut kerana dalam keadaan biasa, barisan tengah pun susah untuk dilihat. Doktor cuma melihat keadaan mata dan mengatakan mata sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Alhamdulillah.
Balik dari pemeriksaan, bergegas ke lab untuk membuat perbentangan penyelidikan kerana hari ini ada acara tahunan iaitu Perbentangan Bersama dengan ahli2 lab dari Tokyo University of Agriculture & Technology. “Slide” telah disediakan sebelum menjalani prosedur lasik dan tidak sempat untuk membuat pesediaan lebih awal. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selepas tamat acara tidak dapat turut sama ke nomikai di Shibuya kerana untuk mengelakkan duduk sekali dengan asap rokok.

p/s: sedang proses “recovery”…

-nash-

Tagged: ,

4 thoughts on “lasik: pemeriksaan “follow-up”

  1. hanis December 22, 2008 at 1:49 pm

    Alhamdulillah..

    Dah selamat buat lasik ye. lepas ni rizafiza sensei pulak kan. untuk beberapa ketika bila keluar malam maybe akan terasa silau lampu sangat kuat. tapi bila dah lama-lama dia akan kurang sendiri. nanti before balik cuba la check lagi sekali. just in case..sbb periksa dia free aje.

    mesti muka rizafiza sensei nampak lain sbb tak penah nampak dia tak pakai spec. hehe. kirim salam buat semua ye..

    alhamdulillah…dua2 dah ok..n rizafizah sensei pun tgh recovery…now tgh plan2 nak jln2…sbb fuyu yasumi..huhu

  2. saharil December 23, 2008 at 11:39 am

    wahh.. terasa mahu cuba lasik jugak la!

    sila2…rasanya berbaloi la sbb tak perlu cuci contact lense betul2…or pakai spec yg paling “teruja”…

  3. hairieusoff December 25, 2008 at 10:10 pm

    nanti buat entri baru …dgn wajah2 baru..oke?

    muka saya…lebih kurang je..sbb sblm ni pun pakai contact lense..

  4. rudy December 26, 2008 at 12:53 pm

    saharil jommmm kita ambush HUKM. katanya murahhh~

    come join the club..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: