lasik: prosedur lasik

Pagi lagi sudah bersedia untuk menjalani prosedur lasik yang dijadualkan pada pukul 10:20 pagi. Setiap orang perlu mengikut beberapa perkara seperti tidak boleh memakai sebarang “make-up” dan aksesori untuk perempuan dan minyak rambut dsb untuk lelaki. Kali ini kami menggunakan promosi 紹介券「しょうかいけん」(syoukaiken: “kenalkan kawan”) untuk mendapat diskaun sebanyak 10,000 yen untuk yang dikenalkan dan yang memperkenalkan pula akan mendapat 40,000 yen sebagai ganjaran. Disebabkan kami dua2 akan menjalani prosedur lasik, kami menggunakan promosi tersebut untuk satu sama lain dan akhirnya dua2 mendapat 50,000 yen diskaun dan apabila dikalikan 2, 100,000 yen. Banyak juga diskaun yang kami dapat. Prosedur lasiknya sangat ringkas, bermula dengan penerangan penjagaan mata selepas prosedur dan ubat yang akan diberi. Mula2, “flap” akan dibuat pada kanta mata dengan menggunakan laser dan kita hanya akan nampak lampu merah dan apabila flap diangkat kita tidak akan nampak apa2 kerana tiada lense untuk memfokus cahaya yang masuk. Flap adalah seperti lubang yang dipotong pada kanta dan seterusnya, laser akan dilalukan pada bawah kanta untuk mem”bakar” sel tersebut menyebabkan kita akan boleh bau hangit yang sangat kuat. Pada masa tersebut cahaya hijau akan boleh dilihat sebelum flap diangkat. Kemudian akan nampak cahaya hijau semual selepas prosedur lasik tersebut tamat. Semuanya hanya memakan masa kurang dari 20 minit. Kemudian, setiap orang direhatkan selama 20 minit sebelum menjalani pemeriksaan oleh doktor dan diberi ubat sebelum balik. Sepanjang prosedur beberapa kali jururawat menitiskan ubat bius pada mata dan tidak akan merasa sebarang kesakitan cuma mungkin terasa ngilu atau tidak selesa seperti memakai pertama kali memakai kanta lekap. Sepanjang seminggu pertama, setiap orang yang telah menjalani prosedur lasik perlu memakai cermin mata untuk menghalang sinaran lembayung ungu (UV) dan angin dari memasuki mata. Terasa seperti berada di dunia MATRIX kerana ramai juga yang memakai cermin mata tersebut di klinik. Dan perlu menitiskan beberapa ubat yang diberi untuk setiap 1 jam sehingga pemeriksaan “follow-up” pada hari berikutnya. Setiap orang perlu memakai tutup mata semasa tidur untuk mengelakkan kita menyentuh mata. Air dan peluh juga tidak boleh termasuk ke dalam mata untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Yang paling menarik sekali, sebaik sahaja menjalani prosedur lasik kita boleh melihat seperti biasa. Prosedur lasik dijalankan di tingkat 13 dan amat terkejut kerana boleh melihat kereta2 dan orang2 di jalan dengan jelas. Mama terpaksa pulang awal ke lab kerana ada hal dan terpaksa pulang ke rumah seorang diri. Mula2 agak janggal tetapi sempat ke kedai membeli kuih タイ焼き「たいやき」(taiyaki: sejenis kuih bentuk ikan dan di dalamnya ada inti kastad, kacang hitam dll) untuk anak2. Semasa di dalam keretapi, masa terasa pedih sedikit kerana cahaya dari luar. Sampai sahaja di rumah, sudah boleh membuat kerja seperti biasa, cuma tidak boleh menggunakan komputer, menonton televisyen dsb. Tetapi, terpaksa langgar pantang larang kerana mana mungkin duduk diam2 tanpa menonton televisyen dan membuka komputer. Zafri mula2 takut juga semasa memegangnya kerana memakai cermin mata hitam tersebut (untuk menggunakan komputer dan menonton televisyen…hehehe). Sebelum tidur, memakai penutup mata yang dibuat dari plastik dan terasa janggal sedikit.

Ubat2 dsb:

ubat2 dsb

ubat2 dsb

p/s: prosedur yang mudah dan cepat, cuma terasa takut sedikit dengan alat2 yang canggih seperti laser dll

-nash-

Tagged:

2 thoughts on “lasik: prosedur lasik

  1. rudy December 26, 2008 at 12:56 pm

    terujanyaaa~

    tula…mmg teruja…sbb ada option lain kan,…

  2. mimisadina January 6, 2009 at 11:01 pm

    Nash,
    ikura na no?
    Kalau te goro no nedan, nak buat gak lah b4 balik.
    Hontou ni malaysia yori yasui na no?

    hmm…zenbude…selepas tolak discount etc…dlm juusan man…ada dengar dari bbrp orang…di Msia > rm 8k..di sini rega tu untuk super intra lasik yang semua guna laser..so takde guna pisau etc untuk buat flap…kalau lasik biasa…guna pisau etc…so quite risky…but yang ni cepat sembuh dan insyaallah selamat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: