air sembahyang

Ini beberapa doa yang elok dilakukan semasa mengambil air sembahyang. Info ini diterima dari e-mail, dan jika ada salah dan silap sila betulkan.

“AIR SEMBAHYANG”

Ketika Niat Penjelasan
1. berkumur

“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. membasuh muka
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan
muka ku ini”.

Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. membasuh tangan kanan
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.

Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. membasuh tangan kiri
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. membasuh kepala
“Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu”.

Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. membasuh telinga
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. membasuh kaki kanan
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. membasuh kaki kiri
“Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan
bukan tempat-tempat maksiat”.

Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita
terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita
terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

p/s: berhujung minggu bersama anak2

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: