sambutan hari raya di tokyo

Semalam, anak2 kami “cuti”kan kerana untuk membiasakan anak2 menyambut Hari Raya walaupun berada di tempat asing. Apa yang kami takutkan, apabila mereka sudah besar nanti, mereka kurang menghayati hari kebesaran Islam yang sepatutnya disambut besar2an dengan penuh kesyukuran dan menghayati peristiwa di sebalik peristiwa korban itu sendiri. Selepas pukul 10:00 barulah kami dapat menyewa kereta (seperti biasa Mazda Demio) dari Coop universiti. Tempat pertama yang kami tujui adalah rumah Abang Zakri dan Kak Aini di Kamimeguro (aka kediaman staff kedutaan besar Malaysia). Kami sampai agak lewat, dalam pukul 1:00 tengahari, dan ramai tetamu yang sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing2. Banyak juga menu makanan hari ini seperti nasi himpit, rendang, spageti dsb. Dapatlah berjumpa rakan2 yang tinggal di Tokyo setelah beberapa bulan tidak berjumpa kerana kesibukan masing2. Anak2 pun seronok berjumpa dengan kawan2. Sempat bergambar beramai2 sebelum pulang ke rumah. Terima kasih kepada Abang Zakri dan Kak Aini kerana sudi menjemput kami ke sana dengan hidangan makanan yang sedap2. Maaf kerana datang lewat.

Kemudian kami ke Hard Off di Kawasaki untuk melihat barang2 untuk Zafri dan anak2. Hanya membeli Play Gym untuk Zafri, mainan Thomas untuk Zakwan dan Zarul dan beberapa barang lain. Dan seterusnya ke Costco yang juga di Kawasaki untuk membeli barang2 dapur. Anak2 dengan sushi, cokelat M&M, Snickers Minis dll. Terima kasih Kak Aini kerana pinjamkan kad…hehehe…

p/s: hari ini masih mencari kereta…sudah 2 hari tidak ke lab, dan nasib baik sensei ke US untuk menghadiri persidangan…

-nash-

Tagged: ,

5 thoughts on “sambutan hari raya di tokyo

  1. Aina December 9, 2008 at 3:13 pm

    Salam Aidil Adha. Bestnyer beraya, akak dan habibi demam, dua dua tak raya. At last akak cuma masak speghetti jer huhuhuhu.

    kami sambut sekadar yg ada dan harap2 kali ini hari raya haji yang terakhir di sini…insyaallah…dah sihat ke…??? n take care

  2. ainizakri December 10, 2008 at 11:44 am

    Nash

    Thanks sudi dtg…letak aa gambar kat facebook, senang leh tag aje..kekeke( abg zkari as usual…akannn lammbaaat upload )
    Costco card tu, no problem….kak aini pun tak terpegi kot tahun ni..may be tahun depan kalau rasa nak pergi.

    Abg zakri akan balik 18/12 nanti dgn Tuti…Pastu dah nak pindah…mmg akan double triple sibuk la nanti. Tapi nak gak jln jln fuyu..kekekeke!!! ( still tak tau nak pi mana…kekeke)

    pasal gambar2 tu insyaallah akan diupload ke fb…n pasal berjalan2 masa winter holiday tu..nanti akan saya usahakan mencari tpt2 yg menarik..dan semestinya onsen dalam sejuk2 ni….hehe

  3. lina December 10, 2008 at 2:45 pm

    Bagi pinjam credit card ke? hehehe

    aah…kak aini bagi kami pinjamkan credit card hehehe…uso uso…tu kad costco kira mcm kad makro la…n costco ni us version nyer hyper market dan barang2 agak murah gak la…dan kami selalu beli sushi (assorted 50 pcs 2000 yen…murah kan)…

  4. mommy2h December 10, 2008 at 10:32 pm

    salam abg nash n kak zah

    dpt tak sms nor?dijemput dtg ke besday party Hafiy pada 14 dec 2008 Ahad dr jam 1230 hingga 4 ptg dekat saitama university international house. kalau naik densha eki terdekat kitaurawa or minami yono ada bas ke saitama university kalau naik kereta dtg sampai saitama university pastu tepon ek. jemputlah yer

    nor

    dapat…but kami tak boleh pergi la..ada hal lain…sorry ye…lain kali kami pi rumah jln2 je la…

  5. MamaIQ&IIQ December 11, 2008 at 1:37 pm

    salam nash:)
    nak cilok gambo bleyyyy???

    sila2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: