entri tertunggak: bersiar-siar di senzoku-ike

Pada hari Sabtu lepas, Papa, Mama dan anak2 kecuali Zafri telah pergi ke Shibui Kodomo Clinic untuk mendapatkan suntikan pelalian Influenza. Walaupun harganya agak mahal, kami terpaksa mengambil suntikan tersebut kerana pada musim sejuk tahun ini, Zafri ada bersama kami. Tahun lepas, Mama dan anak2 telah dijangkiti virus Influenza dan mengambil masa dalam seminggu untuk sembuh. Dalam tempoh tersebut, anak2 yang paling teruk dijangkiti dengan simptom demam selsema yang agak tinggi sehingga 40C dan tiada selera makan. 2500 yen untuk kanak2 dan 3000 yen untuk dewasa. Kanak2 perlu mengambil 2 suntikan selang 3 minggu. Masa ini di klinik yang boleh mengambil suntikan Influenza di mana2 pun, pasti akan penuh dengan Ibu bapa dan anak2. Apa yang menarik perhatian kami, disediakan 3 jenis ketebalan jarum suntikan mengikut umur. Untuk Zarul 0.2mm, Alya dan Zakwan 0.3mm dan untuk Papa dan Mama 0.5mm. Anak2 langsung tidak menangis semasa pelalian disuntik mahupun berasa sakit.
Selepas selesai, singgah membeli bento untuk dimakan di tepi Senzoku-ike (Lake Senzoku). Permadangan daun pokok dengan warna merah, kuning, cokelat dll sangat mengasyikkan. Cuaca agak baik dan cerah. Kemudian terjumpa van menjual 石焼き芋「いしやきいも」(ishi yaki imo: ubi keledek yang dibakar dengan batu2) dan keledek bakar adalah kegemaran kami. Anak2 gembira dapat makan ishi yaki imo kerana biasanya kami cuma menggunakan ketuhar gelombang mikro dan rasanya sudah pasti berbeza dan makan panas2 di tepi tasik dengan angin yang sejuk.
Kemudian ke pasaraya Olympics untuk membeli barang2 keperluan sekolah anak2 dan untuk bento anak2. Malamnya makan よせ鍋「よせなべ」(yosenabe) di rumah dengan 牡蠣「かき」(kaki: tiram), 帆立「ほたて」(hotate: scallop), 鱈「たら」(tara: sejenis ikan) dan sayur2an. Musim ini memang sesuai makan nabe ryouri (Japanese style steamboat) kerana cuaca semakin dingin. Sudah pasti akhirnya dimasukkan nasi dan diletakkan telur yang telah dikacau (separuh masak) iaitu 雑炊「ぞうすい」(zousui).

mama n kids

mama n kids

zakwan dengan makanan kegemarannya

zakwan dengan makanan kegemarannya

mama n zafri

mama n zafri

momiji

momiji

p/s: lagi seminggu Hari Raya Haji tetapi tiada sebarang persiapan…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: