gambatte mama

Pagi2 lagi (sebelum pukul 6:00 pagi), Mama sudah keluar dari rumah ke Narita Airport (NRT). Mama akan menghadiri 15th Regional Symposium on Chemical Engineering di Impiana Hotel & Resort KLCC. Mama akan membentangkan kertas penyelidikannya pada esok pagi. Kebetulan persidangan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan UKM dan mungkin akan dapat berjumpa semua dengan rakan2 di UKM. Mama akan berada di Kuala Lumpur sehingga pagi Khamis. Sementara itu, Papa akan menggantikan Mama menyediakan keperluan anak2 termasuk Zafri yang masih kecil. Pagi tadi, sempat buat bento untuk Alya & Zakwan. Anak2 meminta Mama membuat atsu yaki ama tamago (telur manis) sebelum Mama bertolak dan Papa menambah lauk2 untuk diletakkan bersama dengan nasi dll. Selepas itu, menyiapkan Alya dan Zakwan untuk ke sekolah masing2. Alhamdulillah anak2 tidak meragam. Kemudian mandikan Zafri dan menyiapkannya. Selepas itu barulah ke lab. Alhamdulillah semua “under control”. Malam pula, masak makan malam mengikut selera anak2. Hari ini masih boleh balik awal sedikit untuk masak dll. Esok mungkin lambat sedikit kerana ada kelas sehingga pukul 7:00 malam. Mungkin terpaksa beli pizza sahaja?? Asalkan anak2 dapat makan dengan berselera.

ママ頑張ってください

パパと子供達が応援するから。

p/s: lagi sebulan akan masuk tahun baru dan semakin sejuk

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: