entri tertunggak: gabungan dua sambutan

Hari Rabu minggu lepas, selepas balik dari City Hall di Kamata, kami singgah membeli kek harijadi untuk Zakwan dan Zarul. Ini sahaja masa yang ada untuk membeli kek dan membuat sambutan ala kadar di rumah. Kami ke City Hall untuk menukar status visa Zafri dan membuat pendaftaran inkan untuk Mama. Papa pula terpaksa daftar baru kerana kad pendaftaran inkan yang lama telah hilang. Inkan adalah cop yang sah laku digunakan di bank atau sebarang urusan rasmi setelah didaftarkan. Setiap inkan mempunyai nombor pendaftaran sendiri dan perlu diserahkan bersama2 dengan surat pendaftaran inkan jika mahu membuat urusan membuka akaun bank, urusan pejabat kerajaan dsb. Kemudian menyelesaikan urusan insuran kesihatan anak2 kerana kami telah menukar nama ketua keluarga. Sebelum ini Mama terpaksa menjadi ketua keluarga di atas kertas kerana semasa kami membuat pendaftaran kemasukan ke “Ward” (majlis perbandaran) ini Papa masih belum mempunyai visa pelajar. Sudah lama urusan menukar nama tertangguh sehinggalah kami menukarkannya semasa mendaftar nama Zafri 2 bulan yang lalu.
Kek yang dipilih adalah kek cokelat dan tertulis nama “Zakwan & Zarul”. Dan kebetulan hari esoknya adalah hari lahir Zakwan dan kira adil kerana bukan hari lahir kedua2nya.

kek cokelat

kek cokelat

kids

kids

hembusssss

hembusssss

zafri tidak ketinggalan...

zafri tidak ketinggalan...

p/s: sabarlah ye anak2…tunggu papa dan mama selesaikan tugas yang masih belum selesai ni dulu…

-nash-

Tagged: ,

One thought on “entri tertunggak: gabungan dua sambutan

  1. rudy November 27, 2008 at 2:42 pm

    otanjyoubi medetou sannnnn~

    arigatou gozaimasu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: