berhujung minggu di shibuya

Setelah pada Sabtunya melayan Zakwan di tadikanya dengan pakaian “pendekar” or “hulubalang” Melayu hehehe… Hari Ahad lepas kami ke Sweets Paradise untuk menjamu selera dengan kek dan bermacam2 jenis manisan. Sampaikan tak terkira kalori yang masuk ke dalam perut. Disebabkan kami mendapat poskad promosi untuk mendapat 1 percuma jika datang dengan 4 orang. Dan kebetulan Papa, Mama, Alya dan Zakwan sudah mencukupkan kuota 4 orang dan hasilnya Papa makan percuma. Biasanya akan keluar dari rumah awal untuk ke Sweets Paradise tetapi kali ini agak lewat dan sampai pun sudah pukul 1:00 tengahari. Sudah ada barisan panjang di depan pintu masuk, dan kami terus ke Uniqlo untuk “jikan tsubusu” dan hasilnya terbeli seluar dan baju 2 helai untuk Papa dan baju 2 helai untuk Mama kerana ada jualan tak berapa murah. Alya siap bertanyakan bila pula mahu beli baju untuk anak2. Kami ke Sweets Paradise semula untuk beratur panjang dan dapat mula makan selepas beratur hampir 20 minit. Untuk hari minggu hanya dibenarkan 70 minit untuk makan sebanyak yang boleh atas kehendak pelanggan seperti yang ditulis di pintu masuk. Pelanggan yang mana mahu dipendekkan masa makan, adakah yang menunggu atau yang makan?? Jika di hari biasa masa makan adalah selama 90 minit. Sebenarnya 70 minit adalah cukup2 kerana perlu beratur untuk mengambil makanan dsb. Jika pada hari biasa tak perlu tunggu 90 minit sudah terasa penuh perut kerana tidak perlu beratur untuk mengambil makanan dan minuman. Setelah keluar dari situ, kami ke GAP atas permintaan Alya tetapi malangnya tiada “sales” dan hanya menjamu mata. Sebelum balik singgah ke Krispy Kreme dan sekali lagi tepaksa beratur panjang dan kalau diikutkan mahu lebih 30 minit. Tetapi untuk kami yang mahu membeli sedozen donut tidak perlu beratur dan boleh terus ke kaunter. Anak2 puas dengan donut sugar glaze yang percuma. Papa dan mama hanya ambil dan beri pada anak2 kerana teramat manis. Sampai di rumah, Zakwan pula yang beriya mahu makan donut dan Papa terpaksa memberi syarat agar makan nasi habis dahulu baru diberikan donut. Cuaca hari ini sangat baik dan tidak berapa sejuk.

alya dengan peace sign

alya dengan peace

anak2 dengan hiasan xmas

anak2 dengan hiasan xmas

mama dan anak2

mama dan anak2

kotak krispy kreme

kotak krispy kreme

dan isinya penambah kalori

dan isinya penambah kalori

p/s: setelah lama duduk di rumah kerana anak2 demam seorang demi seorang mengikut giliran…dan sekarang cuaca semakin sejuk setelah 2 hari hujan dan suhu dibawah 10C

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “berhujung minggu di shibuya

  1. zatul November 26, 2008 at 6:57 pm

    oh, still ingat lagi sweet paradise tu….mmg heaven! tak tau bila leh dpt lagi :D

    lepas baby dah besar sikit boleh la dtg 1 family…kira family vacation la …

  2. AfeaZD November 28, 2008 at 11:58 pm

    wah best ekk dpt jalan2,

    hi,just come to visit,nice blog u have here :)

    AfeaZD @ http://www.afeazd.co.cc

    tq…selalu2 la dtg..selamat berkenalan “virtually”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: