父親参観(chichioya sankan: class visit for father)

Hari ini ada Chichioya sankan di Kobato Youchien, acara bermula pukul 9:00 pagi dan tema tahun ini adalah “fashion show”. Setiap bapa dikehendaki membuat baju untuk anak2 menggunakan barang2 terpakai dsb. Papa yang sibuk sepanjang minggu ini tidak ada idea baju apa yang hendak dibuat dan hanya dapat membuat persedian malam sebelumnya. Balik dari lab agak lambat dan Zakwan sudah dibuai mimpi. Terpaksalah hanya memotong plastik dan membuat pakaian “separa siap”. Pagi2 sudah keluar dari rumah dan mama serta anak2 yang lain kecuali Zafri ikut sama ke tadika. Bapa2 yang lain sudah menyediakan pakaian dan hanya memakaikannya sahaja tetapi papa terpaksa membuat dan menambahkan aksesori. Dan hasilnya adalah:

pertunjukkan mengikut kumpulan

pertunjukkan mengikut kumpulan

final pose...

final pose...

berkumpul sebelum pulang

berkumpul sebelum pulang

family pose...

family pose...

Papa membuat pakaian pendekar dari Malaya (hehe) dan nasib baik ada orang Jepun termasuk sensei Zakwan yang tahu pakaian baju Melayu. Setiap murid perlu membuat persembahan di depan kawan2 dan membuat “pose”. Sebelum pulang murid2 berkumpul untuk memberi hadiah kepada bapa masing2 kerana esok adalah 勤労感謝の日「きんろうかんしゃのひ」(Labour Thanksgiving Day) dan juga sebagai ucapan terima kasih. Hadiahnya adalah cenderamata magnet dan yuki daruma (snow man) untuk disangkutkan pada pokok Xmas (tetapi kami hanya membuat sebagai perhiasan sahaja).
Balik ke rumah untuk mandikan Zafri kerana tidak sempat pagi tadi. Seperti biasa, selepas balik dari tadika, anak2 meminta untuk makan sushi dan akhirnya ke tempat biasa iaitu “nihonkai” dan menu biasa untuk masing2. Mama dengan tendon, papa dengan sashimi teisyoku dan anak2 dengan sushi.

p/s: ada yang sanggup membeli plastik, kertas membalut hadiah dsb dari kedai cenderamata walaupun pada surat dari tadika meminta kami membuat pakaian dari barangan terpakai…inilah nasib jika papa dan mama sedang sibuk…namun Zakwan suka dengan hasilnya

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “父親参観(chichioya sankan: class visit for father)

  1. lina November 24, 2008 at 9:58 am

    kreatif papa ye… tu dia ha – datang hulubalang melayu ke bumi Nippon! hehehe

    p.s. nampak ada Ultraman Hikari pose dgn hulubalang melayu tu… semua pun macam pose Ultraman gitu. hahaha

    aah…yang tu ultraman hikari…mula2 bila sensei suruh pose…ingat nak bersilat kemudian bila tangan bersilang kami tergelak je la..

  2. asuhara November 24, 2008 at 11:21 am

    pose zakwan mmg mcm pendekar!kakoiii

    gaya pendekar + ultraman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: