ulang tahun ke-5 puteraku muhammad zakwan hakim

Hari ini genap 5 tahun umur puteraku Muhammad Zakwan Hakim bin Nasharuddin. Lahir pada jam 1:30 tengahari 20 Nov 2003 di Pusat Rawatan Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi yang disambut dengan ucapan “Assalammualaikum” oleh Dr. Fatimah. Oleh kerana lagi 2 hari akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Dr. Fatimah menyarankan supaya “induced” tetapi semasa pemeriksaan, rupanya sudah sampai masa melahirkan dan terus masuk ke bilik bersalin. Kebetulan Dr. Fatimah akan berpindah ke hospital lain dan kami sangat suka dengan rawatan oleh beliau. Alhamdulillah Zakwan selamat dilahirkan dan dapatlah kami beraya di Perlis bersama Zakwan. Zakwan yang agak manja jika dibandingkan dengan Zarul atau mungkin kerana lama menghidap asthma menyebabkan Zakwan bergantung kepada mama dan papanya untuk makan ubat dan di”pam”. Semoga bertambah sihat dan “role model” kepada adik2nya. Disebabkan penyakit Zakwan juga, kami sedang berusaha menghabiskan pengajian kami secepat mungkin supaya lelahnya berkurangan. Suasana rumah dan cuaca di sini menyebabkan lelahnya bertambah teruk terutama musim bunga dan musim luruh dengan perubahan suhu antara siang dan malam yang ketara.

 

Selamat Ulang Tahun ke-5

MUHAMMAD ZAKWAN HAKIM BIN NASHARUDDIN

Semoga menjadi anak yang soleh dan bertambah sihat.

 

muhammad zakwan hakim

muhammad zakwan hakim

-nash-


Tagged: , ,

7 thoughts on “ulang tahun ke-5 puteraku muhammad zakwan hakim

  1. fajar November 20, 2008 at 2:13 pm

    Daftarkan blog anda dalam Lomba blog berhadiah total 10 juta +handphone+speedy gratis. info lihat di http://www.audiochute.com

  2. saharil November 20, 2008 at 4:50 pm

    selamat hari jadi! jangan nakal2.. :)

    terima kasih….

  3. lina November 20, 2008 at 6:58 pm

    Happy Birthday Zakwan!

    terima kasih

  4. sam November 20, 2008 at 7:54 pm

    abg nash, zakwan bin lah bukan binti…..ini bapak keliru gender anak ke?heheheheh

    hehe bukan keliru…masukkan entri sampai lupa nak baca semula…tq

  5. faizly@sabah November 21, 2008 at 7:58 am

    zakhwan,tanjoubi omedetou gozaimasu!!
    x tau la plak befday die sama dgn mak sy..
    hehehe…

    oo ye ke…mesti tgh rindu kat mak di msia..huhu

  6. umeboshi November 21, 2008 at 3:19 pm

    tanjoubi omedetou!!

    arigato gozaimasu

  7. Azril November 24, 2008 at 11:09 pm

    Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki Zakhwan.

    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: