keselamatan anak2 tanggungjawab bersama

Alya ke sekolah berjalan kaki samada bersama kawan2 atau bersendirian. Murid2 diwajibkan berjalan kaki ke sekolah atas alasan kesihatan. Ibubapa tidak dibenarkan sama sekali menghantar anak2 mereka dengan basikal atau kereta ke sekolah. Murid2 boleh berjalan ke sekolah hanya dari pukul 8:00-8:15 pagi kerana pada masa itu ibubapa yang menjaga keselamatan murid2 ditugaskan mengikut giliran. Murid2 akan berjalan ke sekolah mengikut “route” yang disediakan dan di lokasi tertentu ditempatkan ibubapa menjaga keselamatan dengan memegang bendera dan tanda pada bahu. Ibubapa yang bertugas bukan sahaja menjaga keselamatan, mereka juga “wajib” menyebut “Ohayo gozaimasu” “Itterassyai” dll. Secara tidak langsung murid2 juga akan belajar menghormati orang lain. Di sekolah Alya ada kempen mengucapkan salam dari diri sendiri tanpa perlu disuruh dan memberi pertolongan dll juga dari diri sendiri. Inisiatif harus datang dari diri sendiri tanpa perlu disuruh atau ditegur. Giliran mama menjaga keselamatan murid2 adalah pada hari Jumaat dan Isnin lepas. Mungkin nampak mudah tetapi tanggungjawabnya amat berat. Menjaga keselamatan juga secara bersama dan penjenayah akan berfikir 2-3 kali jika mahu melakukan sesuatu yang buruk. Mungkin nilai2 dan inisiatif ini patut disuburkan di Malaysia. Mungkin boleh dimulakan dari peringkat taman perumahan dll. Semasa di Malaysia dahulu, kawalan di waktu malam dilakukan secara bergilir2 tetapi apabila semakin ramai yang tidak turun atas bermacam2 alasan orang yang bersemangat pun akan luntur semangat. Akhirnya, mengajikan pengawal keselamatan adalah kesudahannya. Kesungguhan pengawal keselamatan dan penghuni taman itu sendiri semasa menjaga keselamatan masing2 adalah sangat berbeza. Kita akan menjaga dengan bersungguh2 kerana yang dijaga adalah keselamatan keluarga masing2. Semngat kejiranan adalah sesuatu yang sangat2 diperlukan untuk menjaga keselamatan anak2 dan agar jenayah terhadap kanak2 dapat dihilangkan terus.

bendera dan arm band

bendera dan

p/s: keselamatan anak2 adalah tanggungjawab masing2 kerana jika apa berlaku sendiri yang kesal…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: