jalan2 ke narita

Pukul 6:30 pagi kami sudah bertolak ke Narita Airport kerana Mak Tok akan pulang ke Malaysia dengan penerbangan MH pada pukul 10:30 pagi. Jarak dari rumah kami ke Narita mengambil masa 1 jam setengah walaupun menggunakan highway. Alhamdulillah jalan tidak sesak. Sampai ke Narita Airport, terus check-in dan meminta bantuan staf MAS membawa Mak Tok sehingga ke Balai Berlepas. Mereka akan membawa ke Balai Berlepas pada pukul 9:00 pagi. Kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk bersama Mak Tok. Semasa mengejutkan anak2, Papa telah berjanji akan membawa mereka melihat kapal terbang, kami ke tempat meninjau yang ada. Dapatlah anak2 melihat pelbagai kapal terbang dari banyak syarikat penerbangan dan kapal terbang yang akan Mak Tok naik nanti. Zakwan dan Zarul yang paling suka kerana dapat melihat kapal terbang dari dekat.
Selepas Mak Tok memasuki Balai Berlepas, kami ke pekan Narita untuk sarapan pagi di Royal Host. Dapatlah juga memberi Zakwan makan ubat dan berehat sebentar. Lama juga di sana. Ada jumpa Narita-san yang sangat popular semasa Tahun Baru dimana orang2 Jepun akan ke sana untuk menyambut hari baru. Kami tidak dapat singgah kerana cuaca yang agak sejuk dan Zakwan baru sahaja sihat dari demam. Kemudian ke Narita Shopping Mall dan tempat yang dituju adalah Hard Rock Cafe Narita. Ini adalah koleksi terakhir short glass Hard Rock Cafe yang ada di Jepun. Tetapi yang peliknya ditulis “Hard Rock Narita Tokyo” bukannya Chiba. hehe. Bukan mudah untuk ke Narita jika tiada kenderaan dan jika tidak ke Narita Airport. Sempat membeli barang2 keperluan rumah di Jusco yang ada. Beli pressure cooker yang memang telah lama Mama idamkan. Mudah dan cepat untuk memasak daging dll. Agak lewat tengahari kami ke Susiro (kedai kaiten sushi) untuk makan tengahari. Macam biasa, anak2lah yang paling gembira bila ke kedai sushi. Alya dengan hotate (mungkin sudah muak dengan salmon), Zakwan dengan ikura dan Papa dengan uni dan buri toro. Semasa mencari kedai sushi kami terjumpa kedai yang menjual ikan sanma seekor berharga 40 yen. Terkejut kami bila nampak tawaran harga sebegitu. Paling murah pun di Tokyo adalah dalam 75 yen seekor seperti di Jusco dll. Kami pun borong untuk kami dan Kak Aini kerana akan singgah ke sana sebelum ke rumah. Ikannya pun masih segar kerana diterbangkan dari Hokkaido. Cara untuk mengetahui samada ikan sanma masih segar adalah dengan melihat muncung mulutnya berwarna kuning yang menunjukkan banyak lemak dan masih baru. Tip ini kami dapat dari TV minggu yang lepas.
Singgah ke rumah Kak Aini untuk berborak2 kerana Mama tidak dapat ke sana semasa Kak Aini dan Abang Zakri membuat open house yang lepas. Mama masih dalam pantang dan Zafri baru 2 minggu. Lagipun Alya sudah banyak kali menanya bila mahu bawa berjumpa Kakak Farah. Kami terpaksa pulang awal kerana Mama perlu menyiapkan slide untuk perbentangan di labnya esok.

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: