ke klinik

Pagi2 lagi sudah ke klinik untuk mengambil ubat kerana klinik di sini kebanyakkannya akan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum. Masa pergi tu, ramai yang membawa anak2 mereka dan suasana begitu memang biasa pada waktu2 begini (perubahan musim). Perbezaan suhu yang amat ketara antara waktu siang dan malam serta cuaca yang kering. Kadar kelembapan akan menurun secara mendadak pada musim sejuk dan masa ini juga sakit tekak, batuk dll adalah penyakit biasa.
Selepas Zakwan makan ubat, kuranglah sedikit demamnya. Papa minta cuti dari sensei kerana ada juga terasa macam nak demam dan mengantuk kerana menjaga Zakwan yang kerap terjaga malam (mungkin kerana panas badannya sampai lebih 38C). Pada tengaharinya pula, Kak Aini, Kak Pah dan Nor serta anak2 datang ke rumah kami. Mak Tok kenal dengan Kak Pah setelah berbual mengenai salasilah dsb. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami.
Di sebelah petangnya pula, pada pukul 4:30 petang kami sudah mengambil kereta sewa yang akan digunakan esok untuk menghantar Mak Tok ke Narita Airport (NRT). Selepas Maghrib, kami ke Costco di Kawasaki untuk membeli barang2 rumah dengan menggunakan “membership” (kad keahlian) Kak Aini. Terima kasih dan nanti boleh pinjam lagi. Kurang setengah jam sahaja dari rumah kami.

p/s: terima kasih kepada yang mendoakan agar Zakwan sihat…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: