demam

Pagi2 lagi Zakwan sudah muntah2 dan demamnya masih belum kebah. Panas badannya masih tinggi sehingga 39C. Kami terpaksa batalkan niat untuk berpiknik di Kodomo no kuni. Minta maaf kepada Kak Hani dan yang lain kerana telah berjanji untuk ke sana. Zakwan bagitau dia boleh tinggal di rumah dan kami ke Kodomo no kuni. Cuma tak sampai hati tinggalkan dia di rumah dalam keadaan demmanya yang masih belum nampak mahu kebah. Ubatnya pun sudah habis dan hanya ke Seijo untuk membeli ubat demam. Jika esok masih panas juga, akan bawa Zakwan ke klinik yang hanya dibuka semasa cuti umum. Esok adalah cuti umum iaitu 文化の日「ぶんかのひ」(bunka no hi: Culture day). Harap2 demam Zakwan tak melarat. Hari Selasa memang hari cuti tadikanya kerana hari suaikenal untuk murid2 yang akan masuk ke tadika tahun hadapan. Zarul akan ke tadika bersama Mama pada hari Selasa untuk berkenalan dengan sensei2 dan kawan2. Hari Rabu pula terpaksa cutikan Alya dan Zakwan kerana Mak Toknya akan pulang ke Malaysia dan kami telah menempah kereta sewa. Mungkin boleh bawa anak2 berjalan selepas ke Narita.

p/s: mungkin ada rezeki di lain masa dapat berjumpa dengan kawan2 di Tokyo ini

-nash-

Tagged:

3 thoughts on “demam

  1. Zatul November 3, 2008 at 11:48 am

    get well soon, Zakwan!
    ameer dah baik dr chicken pox…. nasib demam dlm beberapa jam shj. cuma tak thn tgk dia tergaru2.

    kali ni Zakwan demam malam yang kadang2 suhunya sampai lebih 39C, kami risaukan kalau2 dia terkena influenza macam tahun lepas…nasib baik doktor kata demam biasa sahaja.

  2. he November 3, 2008 at 8:27 pm

    tak de rezeki tul nak jumpa nash kan…tak pe la…next time

    insyaallah di lain masa….

  3. afa November 4, 2008 at 6:42 pm

    tadayimak..hi hi lama tak dengar cerite…i takder internet access for months so mmg patah kaki tgn di buatnye.nw kat ofis baru so dh dpt access but of course limited.hehehe

    anw kesian nye zakwan. i pun br baik demam for 6days since 2 days b4 deepavali aritu. kat mesia musim dmam so im 1 of them. alhamdulillah nw dah baik.
    i dh pindah blog but i tak tau camana nak move all my entries dlm fotopages ke wordpress. mcmana u buat?
    nant i kene track back all ur entries since dh tinggal lama..
    ok la ja ne’ (xtau betul ke tak i main bantai je ckp jepun ni)

    oh ya i pun tak tau camana nk link to ur web so please add urself ya.

    i mmg buta IT. kekeke

    pasal pindahkan entri2 dari fotopages tu…hehehe…saya just copy & paste sahaja termasuk gambar2…takde cara lain yang lebih cepat kerana format dua2 server lain…

    p/s:betulla nihonggo tu…boleh belajar lagi…banyakkan vocab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: