ke kawasaki

Selepas makan tengahari, berjalan2 ke Kawasaki untuk Mak Tok membeli barang2. Zafri seorang sahaja yang tidak ikut kerana kalau boleh mahu pulang awal ke rumah. Zakwan pula sihat dan suhu badannya pun normal sahaja. Di Kawasaki, ke Daiso 100 Yen Shop yang agak besar dan ke Okashi no machi oka untuk membeli makanan ringan untuk anak2 menakan (saudara) di Jitra. Dan seperti biasa, jika ke Kamata tidak akan lupa untuk membeli Tai Putit dengan berlainan rasa (melon, cheese, custard, beni imo, coklat). Sampai sahaja di rumah, panas badan Zakwan naik semula dan malamnya muntah sehingga 2 kali. Di Jepun ini, semasa cuti klinik tidak dibuka kecuali hospital. Ubat pun sudah tinggal sekali makan sahaja. Di sini, doktor tidak akan memberi antibiotik jika demam biasa. Dan biasanya demam akan berlarutan atau perlu ambil ubat lagi jika demam tidak kebah. Mungkin untuk mengalakkan sistem badan melawan sendiri virus demam, cuma masalahnya klinik bukannya dibuka 24 jam atau dibuka tiap2 hari. Esok pula akan ada piknik di Kodomo no kuni dan mungkin tidak boleh turut serta jika Zakwan masih demam. Mama sudah siap membuat kuih talam untuk dibawa esok. Balik dari Kawasaki, Alya terus minta sushi kerana sudah lama kami tidak belikan sushi. Maklumlah Mama masih dalam pantang. Kami ada kupon diskaun 3000 yen untuk sushi dari Gin no sara. Dan kami beli sushi untuk 4 orang makan yang berharga 4990 yen dan cuma perlu bayar 1990 yen. Mungkin lepas ini boleh minta lagi kupon diskaun dari kawan satu lab dengan Mama. hehe.

p/s: susah hati bila anak demam

-nash-

Tagged: , , ,

One thought on “ke kawasaki

  1. lina November 3, 2008 at 6:00 pm

    nampak mengancam sungguh sushi-sushi tu. hihihi

    memang mengancam, kalau tak ada diskaun 3000 yen tu, tak beli lah kot. heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: