kodaisai 2008

Semalam tidak sempat nak tolong menguli dan membuat persediaan di rumah kohai kerana terpaksa membantu sensei di lab membuat persedian untuk “open campus”. Setiap tahun lab2 akan membuat “open lab” sempena “open campus” dengan membuat pameran dan menerangkan kepada para pengunjung mengenai aktiviti penyelidikan yang dijalankan. Lab kami menunjukkan “image coding” iaitu bagaimana proses pengekodan video dan “pattern recognition” iaitu pengguna akan menulis nombor, dengan kaedah statistik nombor yang ditulis akan dikenalpasti dan memberi keputusan nombor dengan tepat.
Pagi2 lagi kami pergi ke klinik kanak2 di Senzoku-ike eki untuk mengambil keputusan alergi melalui ujian darah Alya. Keputusannya hampir sama dengan Zakwan iaitu alergi pada habuk rumah dan ダニ (mite). Doktor memberikan inhaler jenis steroid untuk Alya dan alat untuk kegunaan kanak2. Semua adalah percuma kerana kami ada insurans kesihatan. Hari ini Zakwan dan Alya diberi nebulizer.
Kemudian kami ke Tokyo Tech untuk membantu kohai2 di gerai. Alhamdulillah ramai yang datang membeli murtabak dan sanggup beratur sehingga lebih kurang 15 minit. Tiba2 pening kepala dan badan terasa panas. Terpaksa ke lab untuk tidur sebentar (dalam 30 minit) dan dapat membantu di gerai untuk sekejap. Terpaksa balik awal ke rumah dan meminta Mama memasakkan sup ayam dengan 長ネギ「ながねぎ」(Welsh onion). Ini adalah ubat paling mujarab apabila terasa demam dan pening kepala.
Ini ada gambar yang sempat dirakam:

p/s: sudah makan panadol 4 biji dan akan tidur awal…

-nash-

Tagged: , ,

One thought on “kodaisai 2008

  1. sam October 26, 2008 at 3:35 am

    odaijini..

    arigatou…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: