19 oktober: nikko

Kami check-out pada pukul 10:00 pagi dan sebelum bergerak, anak2 sempat mengumpul 栗「くり」(kuri: buah berangan) di pokok2 sebelah rumah dan 団栗「どんぐり」(donguri) untuk buat kerastangan kemudian. Biasanya sensei tadika akan membawa ke taman berhampiran untuk mengutip donguri dan membuat kerastangan atau kraftangan. Sebelum bertolak ke Nikko kami bergambar di depan rumah dan memulakan perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Sebelum sampai ke Chuzenjikou (Tasik Chuzenji) kami terpaksa melalui いろは坂(iroha zaka) dan malang sekali. Sampai sahaja di pekan Nikko, kereta sudah berderetan (jammed) dan mengambil masa lebih 2 jam ke Chuzenjiko (biasanya hanya 30 minit untuk ke sana. Kereta bergerak sangat perlahan dengan jalan mendaki. Pokok2 di lereng2 bukit sudah menjadi kuning dan merah, dapatlah menjamu mata dan menghilangkan tekanan semasa memandu. Kami sampai ke Chuzenjiko dalam pukul 2:00 petang. Terus ke kedai berhampiran untuk makan tengahari dan menu hari ini: Yuba soba, Yuba udon, Kakiage udon. Yuba adalah 名物「めいぶつ」(makanan popular) di sini iaitu fuchuk jika di Malaysia. Selepas makan dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke 竜頭の滝「りゅうずのたき」(Ryuzu Fall: Dragon head waterfall??) dan masih tinggal daun pokok momiji yang sudah hampir hilang warna merahnya. Ada yang sudah gugur. Sempat bergambar dan melihat air terjun yang menyerupai kepala naga.
Destinasi seterusnya, kami ke 戦場ヶ原「せんじょうがはら」(Senjogahara Plain). Anak2 puas berlari2an dan bermain di kawasan lapang yang luas. Beli soft cream perasa Cokelat, Macha aka Green Tea & Susu dan beberapa お土産「おみやげ」(buah tangan). Pada plan asalnya mahu ke Tobu World Square, tetapi terpaksa batalkan rancangan kerana kesesakan lalulintas lagipun Tobu World Square tidak berubah mengikut musim (hehe). Dalam pukul 5:00 petang kami pulang mengikut jalan asal dan terpaksa melalui kesesakan yang makin teruk menyebabkan kami terpaksa mengikut jalan ke Gunma Prefecture. Hari pun sudah gelap, walaupun terpaksa mengambil masa yang lebih untuk ke Tokyo, sekurang2nya tiada kesesakan yang menyebabkan tekanan mental dan fizikal…hehe. Banyak kali juga “car navi” suruh U-turn sbb kami dah lawan arahan…haha..But kami tawakkal je dan ikut kereta depan supaya tak hilang dari pandangan. Kawasan yang kami lalui memang betul2 dalam hutan di antara bukit2 dan jalan yang sempit. Rupanya masih ada banyak tempat hot spring yang agak besar sepanjang perjalanan ke Numata (Gunma Prefecture). Mungkin destinasi onsen kami selepas ini?? Sampai ke Kanetsu Highway, sempat berehat di R & R Kamisato untuk seketika dan sampai di Tokyo dalam pukul 10:00 malam. Late dinner di Saizeriya dan sampai di rumah pada pukul 10:45 malam. Walaupun penat, kami puas hati kerana dapat melihat kouyou dan kali ini adalah musim luruh terakhir kami di sini. Selepas ini, kami akan pastikan dapat merasai dan menyimpan kenangan setiap musim terakhir yang bakal kami tempuhi.

Ini gambar yang sempat dirakam:

p/s: teringin ke Kyoto yang popular pada musim luruh ini…

-nash-

Tagged: , ,

One thought on “19 oktober: nikko

  1. ainizakri October 22, 2008 at 2:21 pm

    Nash..teringat tahun lepas . Ke karuizawa dan jam teruk semasa mendaki.. Tu exercise kesabaran tu…kekkekekeke

    but kalau dah naik n turun jammed…tak tahan kaki…hehe…tu yg ambik jalan jauh sikit (extra few km) but smooth driving…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: