18 oktober: nasu kougen

Bertolak dari rumah seawal pukul 8 pagi ke Nasu di Tochigi Prefecture. Kami ke sana bersama mak tok yang datang ke sini dari Perlis untuk melihat Zafri. Ini adalah kali ke-3 ke sana kerana kami seronok bermalam di 別荘「べっそう」(rumah percutian) yang murah dan ada 温泉「おんせん」(hot spring) terus ke dalam rumah. Boleh masuk bersama anak2 dan berapa kali pun tak apa. Hampir semua barang2 disediakan dan ada bilik loteng yang menjadi kesukaan anak2 untuk main dan tidur. Sampai ke besso awal dan hanya check in untuk ambil kunci tetapi tidak boleh masuk ke besso kerana selepas pukul 3:00 petang sahaja dibenarkan. Kami singgah ke ladang epal untuk ringo gari (apple picking). Kami tidak perlu bayar bayaran masuk dan hanya bayar harga buah epal yang dipetik. Sekilo berharga 500 yen dan buahnya sangat “garing” dan manis. Pengalaman yang sangat berharga untuk kami kerana kurang ladang epal di kawasan kanto. Seterusnya kami ke Mt. Jeans Ski Park dan naik gondola (1200 yen untuk dewasa dan 700 yen untuk kanak2). Kami makan tengahari di kaki bukit dengan Masu udon, Masu soba dan Aki yasai udon. Masu adalah sejenis ikan air tawar yang sedap dan manis dagingnya. Semasa menaiki gondola, kami lalu di antara pokok2 dan seperti terowong pokok yang merah dan kuning. Sampai ke puncak bukit, dapat melihat 紅葉「こうよう」(autumn red leaves) dan permandangan seluas 360 darjah seperti karpet semulajadi. Sempat berjalan2 di denai yang disediakan melalui celah2 pokok. Kalau ikut denai yang disediakan, mengambil masa > 40 minit dan kerana kami juga membawa Zafri, kami hanya berjalan di kawasan berdekatan sahaja.
Seterusnya kami singgah di つつじ吊橋 (Jambatan Gantung Tsutsuji), sempat bergambar dan berjalan di atas jambatan gantung. Anak2 seronok walaupun masing ketakutan bila jambatan berayun. Di tengah2 ada lubang (jaring) dan kita boleh melihat kawasan di bawah yang menambahkan lagi ketakutan mereka. Kemudian turun ke kaki bukit dan terus ke Nasu Garden Outlet. Sampai di kedai outlet, terus menjamu mata dan membeli butang Crocs untuk Papa dan anak2 serta seluar jean levi untuk Papa “juga”. Outlet Crocs menjual kasut yang murah dari kedai biasa (3990 yen -> 2490 yen dll). Ada banyak kasut Crocs yang sesuai dipakai semasa musim luruh & sejuk dan mungkin boleh beli di lain masa. Tidak sempat masuk ke kedai lain kerana sudah pukul 7:00 malam dan kami belum makan malam lagi. Kemudian terus ke besso untuk masak2 dan makan malam serta aktiviti utama iaitu masuk onsen. Kami set suhu air 45C dan sangat sesuai kerana waktu malam di Nasu adalah < 10C. Selepas berendam dalam onsen, tidak perlu pakai futon dan hanya tengah malam baru terasa nak pakai futon. Perlu berehat kerana akan ke Nikko keesokkan harinya yang mengambil masa kurang 2 jam.

Ini ada gambar2 yang sempat dirakam:

p/s: anak2 gembira dapat masuk onsen puas2

-nash-

Tagged: , ,

4 thoughts on “18 oktober: nasu kougen

  1. ainizakri October 21, 2008 at 8:59 am

    Nash..

    Waa…seronoknya. Dah lama teringin nak gi besso yg ada onsen. Tak kesampaian lagi…belum ada rezeki. May be nanti bila saudara mara dari m’sia dtg, kot ada rezeki..

    BTW aki kat Nasu tu sampai hujung bulan november ada lagi ker?

    Malangnya tak boleh nak ikut sebab ada Asean Games.

    hmmm lain kali ada kot…but ni kira aki terakhir kami..tu yg pi jugak jln….lagipun anak2 tak pernah ke nikko …saya dah masuk 4-5 kali kot…hehehe…kalau hujung bulan 11…maybe kat area toshogu ada lagi kot…cuma bukit2 dah gondol la…

  2. umeboshi October 21, 2008 at 12:22 pm

    uwaaa…macam best je stay kat bessou tu, ada onsen sekali. tgk keletah dan keseronokan anak2 la paling bahagia!

    best la…sbb tu dua kali datang tempat sama… dengan harga yang berpatutan dan air dari dlm tanah…tak perlu malu2 macam masuk public onsen

  3. lina October 21, 2008 at 6:01 pm

    best best best. Sakan berjalan time aki ni, kira pulun utk last time lah ye :-D

    kira2 gitulah…tiap2 weekend penuh dengan aktiviti musim luruh..hehe

  4. ros October 22, 2008 at 6:12 pm

    wah nampak menarik lah percutian ni nasu kougen, bila lah kami nak pergi agaknya…leh ajak usop ni..ape pn gambar semua nampak cantik lah…

    ajak je…bulan nov ni ada 2 public holiday dan dua2 3 renkyu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: