pemeriksaan kesihatan setelah sebulan

Pada hari Selasa lepas bidan telah datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memantau berat badan, refleks dan sebagainya. Bidan mengatakan tahap kesihatan Zafri adalah baik.

Hari ini pergi ke Syowa University Hospital untuk pemeriksaan sebulan selepas lahir. Berjumpa semula dengan bayi2 yang lain pada hari yang sama. Mama berjumpa dengan kawan2 semasa duduk di wad. Ada yang mengatakan seperti 赤ちゃんの同窓会「あかちゃんのどうそうかい」(babies reunion).

Berat: 2908 -> 3725 gram.
Panjang: 50.0 -> 51.3 cm
Ukurlilit dada: 33.0 -> 35.2 cm
Ukurlilit kepala: 33.5 -> 36.3 cm

Bayi2 diberi Vitamin K dan BCG akan diberi semasa pemeriksaan pada bulan ke-3 atau ke-4 nanti (jika di Malaysia, BCG akan disuntik selepas lahir). Alya mengikut kami ke hospital kerana dia perlu ke klinik kanak2 di Senzoku-Ike, telah diserang lelah sejak Isnin lepas. Kami ke Shibui Kodomo Clinic untuk pemeriksaan Alya dan mengambil ubat lelah Zakwan untuk stok 2 minggu. Darah Alya diambil untuk analisa alergi. Alya tidak pernah diserang lelah sejak datang ke Jepun dan lelahnya kembali semula sejak 2 minggu lepas.

p/s: minggu depan pemeriksaan kesihatan untuk Mama pula

-nash-

Tagged: ,

One thought on “pemeriksaan kesihatan setelah sebulan

  1. lina October 17, 2008 at 9:38 am

    sedapnya dia tidur… :)

    nampak tenang je baby tidur ye…seronok perhatikan Zafri tidur…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: