kobato kindergarten sports day

Pagi2 lagi anak2 sudah bangun pagi dan bersedia untuk ke Akamatsu Elementary School dimana Hari Sukan Kobato Kindergarten akan diadakan. Bertolak dari rumah dalam pukul 8:30 pagi dengan teksi kerana keadaan Mama yang masih dalam pantang. Mama hanya duduk sahaja menonton anak2 masuk acara yang dipertandingkan. Zakwan dengan beberapa acara, Zarul dalam acara untuk murid yang akan masuk tadika, Alya dalam acara bekas murid dan Papa dalam acara tarik tali. Semua dapat hadiah dan seperti biasa hadiah adalah sama walaupun menang dan kalah. Zakwan adalah kumpulan putih atau Shiro gumi dan menang untuk jumlah mata keseluruhan. Mama dapat berjumpa dengan kawan2nya yang telah lama tak jumpa kerana Zakwan telah mula naik bas ke tadika dan jarang kami ke tadika kecuali apabila ada acara khas yang memerlukan penyertaan ibu bapa. Zafri tinggal di rumah bersama Mak Toknya. Acara tamat dalam pukul 12:00 tengahari dan apabila sampai sahaja di rumah, anak2 keletihan dan terus tidur selepas makan tengahari.

p/s: alhamdulillah….Zakwan dapat turut serta semua acara yang dipertandingkan

-nash-

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: