muhammad zafri harith

Pagi tadi keputusan analisa ujian darah menunjukkan bacaan bilirubin menurun ke 10 mg/dL iaitu rendah dari 12 mg/dL (paras normal). Yang menariknya, bayi Jepun kurang atau hampir tiada yang “terkena” penyakit kuning. Di dalam bilik bayi baru lahir, hanya ada 2-3 sahaja alat “blue light therapy” dan pada pagi ini tiada bayi yang dimasukkan ke dalam alat tersebut. Doktor memberitahu yang bayi Jepun jarang “terkena” penyakit kuning. Adakah kerana permakanan yang menyebabkan bayi “terkena” penyakit kuning. Atau adakah orang Melayu “terlalu” banyak makan makanan yang dicampur kunyit. Hehe. Doktor memberitahu jika genetik bangsa Timur (東洋人: Touyoujin) kebarangkalian terkena penyakit kuning adalah tinggi jika dibandingkan dengan genetik bangsa Barat (西洋人: Seiyoujin). Mungkin juga bangsa Jepun ramai yang datang dari Russia yang melalui Hokkaido?? Insyaallah baby akan keluar hospital pada hari Jumaat.

Nama telah dipilih iaitu MUHAMMAD ZAFRI HARITH yang bermakna:
ZAFRI: kemenangan
HARITH: yang kuat, yang berusaha atau panggilan nama Nabi Muhammad saw
Mula2 hendak juga masukkan nama yang ala2 Jepun. Cuma setelah berbincang dengan ustaz, lebih afdal atau sunat meletakkan nama yang ada makna dalam bahasa Arab dan terus memilih nama tersebut. Diharapkan boleh menjadi orang yang rajin berusaha untuk mencapai “kemenangan” atau kejayaan yang boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara dan menjadi anak yang soleh.

Mama pun dah tak sabar nak pulang ke rumah kerana bukan boleh berehat sangat bila berada di hospital yang semua perlu dilakukan sendiri. Mungkin kerana sebelum ini sudah biasa duduk di bilik seorang dan kali ini masuk bilik enam orang. Sebenarnya di hospital itu, tiada beza antara bilik seorang, dua orang, empat orang dan enam orang kerana bilik air semua diletakkan diluar bilik. Cuma “privacy” sahaja yang membezakan dan layanan yang sama seperti perlu ke tingkat bawah untuk menyusukan anak, makan menu yang sama, mandi mengikut giliran dan lain2. Mungkin ini antara sebab orang Jepun tidak mahu beranak ramai?? Bayangkan kalau ibu yang beranak sulong, semua perlu dibuat sendiri dalam keadaan “sakit” yang lebih dll. Itu yang diluahkan oleh Mama setiap kali pergi melawat di hospital.

Doa Ramadhan:

Hari Kedua Puluh Lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

p/s: Alya dan abang2 yang lain sudah tidak sabar menunggu adik mereka pulang ke rumah, hampir setiap masa menanyakan bila adik mereka akan keluar hospital dll.

-nash-

Tagged: ,

3 thoughts on “muhammad zafri harith

  1. lina September 25, 2008 at 9:52 am

    sedap nama.

    oooo, beranak kat hospital Jepun kira macam kat Hospital Kerajaan lah ye? Kena buat sendiri. Teringat masa lahirkan Raimie dulu, 3 hari 2 malam membuta aje. Bila nak susukan baby, suruh nurse ambik Raimie masuk bilik. Hehehe… Satu hal yang tak bagus, bila Mak buat hal sendiri, anak kena suap susu lembu!

    Kirim salam pada wife & take care.

    masuk university hospital pun dah kena bayar mcm masuk kat Gleaneagle…hehehe…anyway…semua sihat…
    zah dan baby akan kaluar hospital esok pagi..

  2. HE September 25, 2008 at 10:06 am

    org kata mmg permakanan ibu semasa mengandung yang membuatkan baby dpt kuning. khasnya jika mengambil ubat2an semasa mengandung.

    itula…doktor takkan bagi ubat2an pada ibu2 mengandung termasuk vitamin….wife saya makan folic acid sahaja…seperti semasa mengandungkan kakak dan abang2

  3. jannah September 27, 2008 at 3:51 pm

    kak za first time ker bersain kt cnih?
    congrats utk abg nash sekeluarga..
    nnt dtg la kodomonokuni….

    aah…kira 1st time la kat sini..n tq …
    insyaallah akan ke sana gak..cuma tunggu anak besar sikit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: