melepaskan kempunan

Mama paling suka makan durian termasuk anak2 kecuali Papa. Kebetulan kawan satu lab dengan Mama adalah orang Thai dan pulang ke Thai pada cuti musim panas yang lepas. Mama meminta kawannya membeli lempuk durian untuk melepaskan rindu nak makan durian. Dan beberapa minggu lepas, sensei Mama pergi ke Thai juga untuk menghadiri persidangan dan sekali lagi diberinya lempuk durian dari sana. Durian dan mama memang tidak boleh dipisahkan kerana jika di Perlis bila teringin sahaja makan durian, boleh ke Padang Besar dan hampir sepanjang tahun durian ada dijual di sana. Dan Papa pula sudah biasa dengan makan durian bila tiba musim dan mungkin sebab itu kurang “teringin” nak makan durian. Minggu lepas ada dapat kiriman bungkusan kuih Raya dari keluarga di Perlis dan ada 2 bungkus lempuk durian buatan Malaysia. Pada hari Jumaat semasa sahur, Mama makan separuh dan tengaharinya pergi ke hospital kerana sakit bersalin. Masih ada lagi lempuk durian menunggu Mama…hehehe…

Doa Ramadhan:

Hari Kedua Puluh Tiga

“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

p/s: tak dapat durian yang “original”, lempuk pun jadilah kerana masih ada bau durian …

-nash-

Tagged:

2 thoughts on “melepaskan kempunan

  1. lina September 23, 2008 at 2:36 pm

    nasib baik sempat makan sebelum bersalin, kalau tak kena tangguh sampai lepas pantang. Hehehe

    yg ada lagi kat rumah tu pun…terpaksa simpan untuk makan lepas habis pantang..hehe

  2. umeboshi September 23, 2008 at 3:26 pm

    omedetou ne, nash for the new born baby… moga wife cepat sihat!!

    arigatou…genzai kaifuku shiteru…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: