menjadi pama atau mapa untuk sementara…

Mulai hari ini, jadi PaMa or MaPa..?? hehe.. Bermula dengan masak untuk sahur bersama Alya dan kemudian pukul 7:00 pagi buat bento (packed lunch) untuk Zakwan, kejut Alya pukul 7:20 pagi, kejut Zakwan pukul 7:30 pagi dan seterusnya…Anak2 dapat berjumpa Mama mereka semalam selepas baby lahir dan mereka gembira dapat pegang tangan, pipi dan mana2 bahagian badan yang dapat dipegang. Zakwan sudah mula memberi nama pada baby. Dapat dengar disebutnya sorang2 Ultraman Tiga, Ultraman Daina dan Ultraman Gaiya. Dan Alya macam biasa masih sedih tetapi bila cakap dia adalah The Only Princess…barulah gembira. Kesian pun ada…nak gelak pun ada. Mama dan baby dalam keadaan sihat di Syowa University Hospital sehingga hari Jumaat ini kerana wajib tinggal di wad sehingga 5 malam selepas melahirkan. Tetapi kebanyakkan kerja menukar “pampers” baby dibuat sendiri oleh ibu2, menyusu baby dsb (kerana susu botol tidak disediakan..mungkin ada bagusnya). Baby diasingkan di wad bayi baru bersalin dan Mama perlu ke sana (di tingkat lain) setiap 3 jam untuk menyusukan baby. Makanan di hospital pun sangat berkhasiat (gambar akan dimasukkan di entri selepas ini ..insyaallah) dengan sayur2an adalah menu utama disamping ikan dll kerana sudah beritahu pihak hospital yang kami tidak boleh makan sebarang jenis daging dan ekstraknya.

Ini adalah bento yang sempat dibuat pagi tadi dalam keadaan tergopoh-gapah kerana terasa sangat masa cepat berlalu. Melayan kerenah anak2 dan sebagainya. Mama you’ve done a great job and thank you.

Doa Ramadhan:

Hari Kedua Puluh Dua

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

p/s: masa inilah anak2 sensitif kerana ketiadaan Mamanya…setiap seorang perlu dilayan dan tidak boleh tinggikan suara dsb..

-nash-

Tagged: ,

4 thoughts on “menjadi pama atau mapa untuk sementara…

  1. lina September 22, 2008 at 2:31 pm

    Gambatte Nash! Hehehe

    gambatteimasu….mama lagi gambatta smlm…tension menunggu…penat…ngantuk etc…kesian kat wife sampai bersalin smlm..baru dpt tidur lena…

  2. bubur caca September 22, 2008 at 11:17 pm

    Kreatif juga bila Papa jadi Mama… X sangka ada hidden talent menghias bento walaupun nampak ringkas.

    walaupun siap..masa nak menyediakannya hampir dua kali ganda dari Mama…hahaha

  3. asuhara September 23, 2008 at 12:11 pm

    haa…tulah powernya seorang mama!
    PaMa-> gambatte

    ye…sasuga mama-san….gambatteimasu

  4. rudy September 23, 2008 at 1:06 pm

    tabik spring bro! cantek siotttt ko nyer bento…balik mesia ajar aku wehh

    masak apa yg ada dlm fridge je..sbb tak sempat nak pergi beli…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: