perkembangan bayi

Minggu ini sudah masuk minggu ke-37 “pregnancy” dan pagi tadi ke Syowa University Hospital untuk pemeriksaan mingguan. Doktor mengatakan bayi sihat dan aktif. Bila2 masa sahaja boleh melahirkan. Duit deposit masuk wad pun sudah dibayar sebanyak 500,000 yen. Jika semua “normal” bayaran sebenarnya adalah dalam 570,000 yen untuk pakej 5 hari termasuk makanan, penjagaan bayi dan sebagainya. Ini adalah hospital yang paling berhampiran dengan rumah kami dan sudah menempahnya sebaik sahaja tahu positif mengandung semasa pemeriksaan pertama dahulu. Semua perlu ditempah awal kerana di Jepun terutama Tokyo sedang menghadapi kekurangan hospital untuk bersalin. Ini adalah kerana kurangnya orang yang bersalin sebelum ini dan menyebabkan banyak hospital menutup wad bersalin. Tetapi kebelakangan ini penambahan bilangan ibu2 mengandung telah menyebabkan masalah kekurangan tempat bersalin pula. Dan satu lagi masalahnya adalah bila orang ramai sudah tahu hak masing2, penambahan kes pesakit menyaman pihak hospital juga semakin menjadi2 dengan hanya melakukan kesalahan kecil.Ini menyebabkan hospital yang menyediakan wad bersalin semakin berkurangan untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

Mari kita ingat semula kisah2 nabi yang pernah kita dengar dan baca. Banyak yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

Dari Berita Harian:

Nabi Yahya lahir berkat doa bapa

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

FIRMAN Allah, bermaksud: “Wahai Yahya, ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak. Dan Kami anugerahkan pula kepadanya rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian daripada dosa dan ia adalah seorang yang bertakwa.

“Dan seorang yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan bukanlah dia seorang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan baginya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan kembali.”

Ayat al-Quran itu menceritakan mengenai Nabi Yahya. Beliau dilahirkan berkat doa bapanya, Nabi Zakaria kepada Allah, yang teringin sangat menimang anak dan untuk dijadikan pewaris.

Doa bapanya berbunyi: “Ya Tuhanku, berilah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian daripada keluarga Yaakub yang akan meneruskan pimpinan dan tuntutanku kepada Bani Israel.

“Aku bimbang bahawa sepeninggalanku, anggota keluargaku akan rosak kembali akidah dan imannya kerana tiada pengganti yang akan meneruskan ajaranku.

“Wahai Tuhanku, tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, sedangkan isteriku seorang perempuan mandul, namun kekuasaan-Mu di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu berdoa kepadamu, memohon rahmat-Mu mengurniakan aku seorang putera soleh.”

Allah memperkenankan permohonan Zakaria, maksudnya: “Wahai Zakaria. Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperolehi seorang putera bernama Yahya yang soleh, yang membenarkan kitab Allah…”

Nabi Yahya tidak banyak diceritakan al-Quran, tetapi beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, terkenal berhati mulia, bertakwa dan sering melakukan ibadat sejak kanak-kanak.

Apabila dewasa, beliau menjadi rujukan kaumnya mengenai agama dan pelbagai perkara penting lain.

Namun, pada ketika itu, ada seorang raja bernama Hirodus yang menguasai Palestin dan mencintai anak tirinya sendiri, Horodia. Gadis itu memang cantik dan menjadi kegilaan pemuda sehingga Hirodus tidak dapat menahan nafsunya.

Seluruh keluarga merestui perhubungan itu dan majlis perkahwinan dirancang. Nabi Yahya membantah kerana waktu itu hukum Allah melarang mengahwini anak tiri sendiri.

Nabi Yahya bukan saja menentang, malah mengeluarkan fatwa, perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Allah yang mengharamkan seseorang mengahwini anak tiri.

Perkara itu menjadi buah mulut masyarakat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Hirodia kerana khuatir jika larangan daripada Nabi Yahya membantutkan hasratnya.

Hirodia bimbang calon suaminya terpengaruh dengan kata-kata Nabi Yahya dan perkahwinan yang dirancang tidak menjadi. Justeru, dia merancang mempengaruhi bakal suaminya membunuh Yahya.

Dia menggunakan kecantikannya untuk mempengaruhi Hirodus membunuh Nabi Yahya, iaitu mengenakan pakaian seksi dan bertemu Hirodus lalu menyampaikan hasrat itu.

Hirodus terpengaruh dan akhirnya Nabi Yahya dibunuh untuk memuaskan hati Hirodia.

Bagi Nabi Zakaria, apabila mendengar anaknya dibunuh, beliau segera mencari perlindungan. Kebetulan ada pokok di depannya, dengan izin Allah pokok itu terbelah dua, lalu beliau masuk ke dalamnya dan ia tertutup semula.

Selepas itu, tentera raja terbabit memotong pokok berkenaan, sehingga Nabi Zakaria yang berada di dalamnya terbunuh.

Doa Ramadhan:

Hari Ketujuh Belas

“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

p/s: sedang bersiap sedia dengan barang2 keperluan mama dan bayi untuk ke hospital

-nash-

Tagged: ,

3 thoughts on “perkembangan bayi

  1. sam September 18, 2008 at 4:36 am

    oh tak tau pulak cerita nabi ini….hajimete…anyway, kak zah, semoga dipermudahkan segala urusan !

    dulu2 pernah la dengar masa kecik2 …and tq ….

  2. hairieusoff September 19, 2008 at 12:59 pm

    semoga dipermudahkan

    alhamdulillah dah selamat…7:19 am 21 Sep 08

  3. jaja September 22, 2008 at 10:10 am

    maaf, nak bertanya…terkejut juga tgk bayaran hospital tu…bila try convert, almost 15K, betul ke? di Jepun, medical x dpt free ke?

    sini untuk bersalin kena bayar semua (tak free) dan rate mengikut tpt…sbb kami di tokyo mahal sikit la…dan bila anak dah lahir baru medical free untuk check up etc…sampai umur 9 tahun but kena masuk national insurance…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: