memberus gigi selepas waktu subuh

Sejak petang semalam, Zakwan mula diserang lelah sehinggalah pagi tadi. Bermacam ubat/cara dicuba, namum tak sembuh2 juga. Klinik di Jepun ni tak ada yang 24 jam seperti di Malaysia. Kalau “emergency” sangat pun terpaksa ke wad emergency hospital berhampiran. Susah untuk mendapatkan teksi selepas pukul 12:00 malam. Mungkin kena beli kereta cepat2. Sebelum ini pernah pergi ke wad emergency dan diberi “nebulizer”. Yang peliknya selepas pulang ke rumah pun lelahnya masih tidak sembuh juga. Kalau di Malaysia, selepas guna “nebulizer”, sudah pasti sembuh. Mungkin dos yang digunakan kurang dari di Malaysia? Doakan kesihatan kami sekeluarga agar dapat menumpukan perhatian kepada penyelidikan kami.

Selamat Berpuasa yang sudah masuk 10 hari pertengahan bulan Ramadhan.

Dari Berita Harian:

Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Dipetik dari laman Darul Nu’man

Doa Ramadhan:

Hari Kedua Belas

“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Tagged: ,

One thought on “memberus gigi selepas waktu subuh

  1. Zatul September 12, 2008 at 10:38 am

    Get well soon to Zakwan. Sounds like critical… kalau kat M’sia terus warded kalau lepas neb pun tak baik lagi.

    tadi lepas confirm ngan kawan dr di sini…mmg dosage di sini kurang dari Msia…lepas pakai nebulizer tadi..dr bagi pinjam dan bwk balik nebulizer kit tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: