penggunaan inhaler untuk pesakit asma

Kebetulan hari Ahad lepas, Zakwan diserang lelah semasa sedang berpuasa dan terjumpa soal jawab ini. Sudah bermacam2 usaha dengan ubat2an dan petua dicuba, namun masih belum bertemu ubat yang mujarab untuknya. Badan pun sudah semakin kurus. Cuma aktifnya masih seperti biasa dan terpaksa mengingatkan selalu agar lelahnya tidak menyerang kembali.

Dari Berita Harian:

Soal : Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?

Jawab: Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa’awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Doa Ramadhan:

Hari Kesepuluh

“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

p/s: mungkin habuk di Tokyo ni lebih sikit dari Bangi…dan hari pun semakin sejuk terutama di belah malam…

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “penggunaan inhaler untuk pesakit asma

  1. saharil September 10, 2008 at 11:40 am

    ya, saya percaya pun tak batal (asma jugak) sebab pernah membaca yang inhaler dibenarkan.

    tapi, dulu, bila menyangkakan ia batal, kalau terpaksa guna inhaler, akan rasa rugi sebab selalunya memang sejam dua sebelum berbuka..

    selalu ke kena “attack”…moga2 cepat sembuh…

  2. ejai September 10, 2008 at 5:39 pm

    Aku pun baru balik dari jumpa doktor sebab anak aku dah recur balik wheezing dia. He states that tak batal puasa bagi inhaler. Tapi masa kat UK dulu tak ada attack pun, balik Malaysia je start balik.

    masa kami pi jln2 luar Tokyo ok je….maybe udara kat sii byk habuk kot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: