soal jawab mengenai puasa ramadhan

Semalam genaplah seminggu kita berpuasa. Zakwan pun cuba2 untuk berpuasa, bangun sahur makan bersama kami. Dalam pukul 12:00 tengahari, Zakwan mula nak “join” adiknya makan tetapi untuk melupakan hasratnya itu, kami bermain Wii bersama Alya. Alhamdulillah dapatlah bertahan tetapi lebih kurang lagi 3 jam untuk berbuka, lelahnya menyerang dan terpaksa guna “inhaler” untuk melegakan lelahnya. Kesian pula bila tengok Zakwan semput dan tidak boleh tidur lena walaupun sekejap. Yoku gambarimashita. Dan Alya pula masih boleh berpuasa sehingga hari ini. Semalam rezeki merasa kuih tepung talam dan bubur lambuk yang dihantar oleh Kak Aini dan Abang Zakri. Terima kasih banyak2.
Hari ini baru kami boleh ber”internet” dari rumah kerana pagi tadi dapat sambungan baru dengan “provider” lain. Kami bertukar “provider” kerana “promotion period” dengan “provider” yang lama sudah tamat dan bayaran bulan telah naik dari 4500 yen ke 6500 yen. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan bayaran bulanan yang murah yang telah di”ajar” oleh pekedai di Akihabara.

Dari Berita Harian:

Tiada hukum berpuasa orang sakit berkekalan
SOALAN: Adakah wajib Imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim).
JAWAPAN: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berImsak (menahan diri ketika bersahur).

SOALAN: Adakah perempuan yang haid wajib berImsak?
JAWAPAN: Perempuan yang haid haram berImsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

SOALAN: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh pada siang hari, adakah wajib berImsak dan qada puasanya?
JAWAPAN: Tidak wajib berImsak dan tidak wajib qada.

SOALAN: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
JAWAPAN: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

SOALAN: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
JAWAPAN: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

SOALAN: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu Maghrib?
JAWAPAN: Tidak sah puasanya.

SOALAN: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh
JAWAPAN: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.

SOALAN: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
JAWAPAN: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.

SOALAN: Apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
JAWAPAN: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

SOALAN: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
JAWAPAN: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.

SOALAN: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik ketika berpuasa?
JAWAPAN: Hukumnya makruh.

SOALAN: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada Ramadan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?
JAWAPAN: Tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

SOALAN: Seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
JAWAPAN: Fidyahnya tidak bertambah.

SOALAN: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
JAWAPAN: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.

SOALAN: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
JAWAPAN: Batal puasanya.

SOALAN: Air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
JAWAPAN: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

SOALAN: Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
JAWAPAN: Batal puasanya.

SOALAN: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
JAWAPAN: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah kepadanya.”

SOALAN: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
JAWAPAN: Boleh.

SOALAN: Orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
JAWAPAN: Dikenakan satu kifarat saja.

SOALAN: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
JAWAPAN: Harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:-
# Kerana keuzuran dirinya sendiri.
# Kerana menjaga kesihatan anak.

Keterangan:
# Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja.
# Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari.
# Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.

SOALAN: Adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
JAWAPAN: Tidak wajib qada puasa itu.

SOALAN: Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa, tetapi walinya tidak membayarkan fidyah hingga Ramadan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya?
JAWAPAN: Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana menangguhkan fidyah.

SOALAN: Adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari.
JAWAPAN: Harus dan sah.

SOALAN: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
JAWAPAN: Tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.

SOALAN: Bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
JAWAPAN: Boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang.

Doa Ramadhan:

Hari Kelapan

“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

-nash-

Tagged: , ,

3 thoughts on “soal jawab mengenai puasa ramadhan

  1. sam September 8, 2008 at 11:02 pm

    Arigatou ne, abg nash ! hari2 bukak blog ni baca tazkirah sebab saya tak baca bh.Utusan だけ。Banyak belajar…banyak pahala bos bulan ramadan ni.

    sharing is caring…just nak kongsi good infos…

  2. qiela June 30, 2011 at 6:27 am

    adakah boleh kita membatalkan puasa ganti(bagi perempuan) sekiranya kita sudah berniat untuk berpuasa pada mlm hari??

  3. abu aiman July 24, 2012 at 2:06 pm

    adakah batal puasa orang yang menjilat bibirnya atas tujuan utk membasahi bibirnya dari kekeringan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: