tv 24 jam

Sejak semalam, “24 hours television” bermula dan tema pada tahun ini adalah 誓い「ちかい」 (vow [an oath, a pledge, a promise]; swear). Dan yang ironinya “hampir sama” dengan suasana politik dan semasa di Malaysia masa kini dimana ramai orang bersumpah kebelakangan ini. Televisyen 24 jam di Nihon TV adalah acara tahunan di sini untuk mengumpul derma disamping mengingatkan kita pada orang kurang upaya. Berbagai2 cabaran dilakukan dalam usaha mengumpul derma seperti Charity Marathon oleh Edo Harumi yang berlari sejauh 113 km dalam masa 24 jam, menyeberangi Selat Tsugaru yang memisahkan Pulau Honshu dan Pulau Hokkaido oleh orang buta, membuat belon dari ucapan dan “sumpah” orang ramai dan lain2 acara.
Alya pula seronok menonton drama oleh Matsumoto Jun yang bertajuk 「みゅうの足パパにあげる」 (Kaki Myu diberi kepada Papa) yang sangat sedih dan menyedarkan kami kepada orang kurang upaya. Hasil kutipan derma pada kali ini berjumlah lebih 3 ratus juta yen dalam masa 24 jam.

p/s: walaupun tidak dapat menonton perarakan sempena kemerdekaan di Malaysia, acara televisyen 24 jam ini pun menarik juga disamping mengingatkan kita pada yang kurang bernasib baik

-nash-

Tagged: , ,

One thought on “tv 24 jam

  1. hairieusoff September 2, 2008 at 10:52 pm

    saya pun tgk ni juga, the next day tu mlm nya ada cerita Edo harumi aje kan…anak saya mmg suka edo harumi…tapi lepas tu cerita Fkuda resign plak…ahaks

    aah…but kami tak dpt tgk …sbb nak kena bagi anak2 tidur awal..sbb isnin tu dah start sekolah selepas cuti sebulan…kang susah pulak nak bangun pagi..heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: