shibuya lagi…

Pagi pergi ke lab sekejap sampai pukul 11:00, cuaca pun mendung dan sekali sekala hujan gerimis. Kali ini tujuan ke sana adalah untuk bawa adik dan anak2 jalan, makan donut dan karaoke. Selepas solat Zohor, bertolak dari rumah pada pukul 12:30 dan terus makan tengahari di Shakey’s Pizza selepas menukar duit Euro ke Yen. Lama juga duduk di sana dan kemudian berkaraoke di Karaoke-kan. Dan seperti biasa, mikrofon hanya dipegang oleh anak2. Lagu yang mereka nyanyikan: Anpanman, Purecure Go Go, Go onger, Oshirikajiri mushi sampailah ke Ponyo ponyo. Banyak juga lagu yang dinyanyikan selama sejam. Harganya agak murah iaitu 53 yen untuk setengah jam (dewasa sahaja). Zakwan dengan mata berair mengantuk boleh menyanyikan lagu Ponyo ponyo.
Selepas anak2 puas berkaraoke, kami ke Book Off mencari buku2 untuk anak2 dan mama mencari buku terakhir untuk siri “Hana yori dango”nya. Banyak juga pilihan buku yang ada dan semua buku2 yang kami beli berharga hanya 105 yen. Mungkin selepas ini, Book Off akan menjadi destinasi utama bila ke Shibuya. Selepas keluar dari Book Off, hujan mula turun dengan agak lebat dan seterusnya ke Krispy Kreme. Banyak cerita kami dengar tentang kelembutan dan keenakan donutnya. Semasa beratur untuk membeli, sempat melihat cara donut dibuat dengan mesin dan 100 peratus automatik. Kami diberi merasa donut panas2 baru masak yang sangat lebut tetapi sangat manis. Kami membeli 1 dozen “assorted donuts” dan berjalan ke Shibuya-eki dalam hujan.

p/s: lepas ni tempat untuk lepak2 di Shibuya bertambah satu lagi…hehehe..Krispy Kreme….

-nash-
Vocabularies:
亀「かめ」 (kame) – turtle
海豹「あざらし」 (azarashi) – seal
蛸「たこ」 (tako) – octopus
海星「ひとで」 (hitode) – starfish
牡蠣「かき」 (kaki) – oyster

Tagged: , , , ,

3 thoughts on “shibuya lagi…

  1. Zatul August 27, 2008 at 2:31 pm

    Teringat jugak nak mkn KrispyKreme ni masa kat sana…. tp time preggy tak teringin mkn donut ni. Boleh imagine kemanisan dia…. kat sini yg famous J.Co…. hari tu mkn terus sakit kepala dan demam2 sbb terlalu manis kot.

    kami tahu pasal kedai tu pun….esoknya selepas pergi shibuya dgn zatul…mmg manis sgt2…riza pun tak boleh makan byk sgt…sbb takut kaki bengkak (atas arahan doktor…hehehe)…

  2. lina August 27, 2008 at 9:46 pm

    sedapnya makan donut…

    sedappppp….lepas semalaman pun masih lembuttttt….cuma manisnya yg tak boleh tahan..anak2 suka je

  3. hairieusoff August 27, 2008 at 10:22 pm

    pergh…rekod video skit tgk bapak dia menyanyi …ahaks

    bapaknya tak dpt nyanyi sgt…sbb dah mikrofon pun anak2 yg pegang…ada la few videos…cuma tak masukkan dlm youtube je..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: