21 ogos: hakone

Selepas bersarapan spagetti “meat sauce” dan tarako, mengemas rumah dan sesi bergambar; bertolak ke Hakone pada pukul 10:00 pagi. Perjalanan mengambil masa dekat 1 jam setengah dan terus ke Hakone Machi di tepi Ashi no ko. Setelah parking kereta di tempat yang disediakan, terus beli tiket “kapal lanun” dan “ropeway” yang berharga 2500 yen untuk dewasa dan 980 yen untuk Alya. Tiket ini adalah tiket tiada had untuk kedua2 kapal dan ropeway. Bermula dengan naik kapal lanun dari Hakone Machi ke Tougendai. Satu kenangan dan pengalaman manis untuk kami dan anak2 menaiki kapal yang menyerupai kapal lanun tiga tingkat. Pemandangan yang cantik dan saujana mata memandang keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Dari Tougendai, kami menaiki ropeway ke Owakudani yang terkenal dengan bau sulfur dan telur hitam. Mula2 kami agak takut juga jika penyakit lelah Zakwan menyerang semula. Alhamdulillah Zakwan dapat bersama2 kami mendaki bukit ke tempat dimana ada banyak kolam air panas dan bau sulfur yang sangat kuat. Di situ kami dapat makan telur hitam iaitu telur yang dimasak dalam kolam air panas itu. Cengkerang kulit telur bertukar ke warna hitam kerana tindakbalas kimia antara kulit telur dan unsur sulfur di dalam kolam air panas. Rasanya sedikit berbeza dari telur rebus biasa atau mungkin kerana bau sulfur yang kuat ketika di sana?? Selepas itu kami turun ke stesen ropeway untuk ke penghujung stesen ropeway di sebelah bukit iaitu stesen Souunzan. Di sana kami cuma tukar ropeway untuk berpatah balik ke stesen Tougendai. Di stesen Tougendai, kami makan tengahari (atau petang) dalam pukul 3:00 petang dan membeli omiyage (souvenir).
Kemudian, kami menaiki semula kapal untuk berpatah semula ke Hakone Machi. Kali ini kami menaiki kapal yang menyerupai kapal Inggeris pada zaman dahulu. Sampai ke Hakone Machi pada pukul 4:15 petang dan terus ke kereta untuk bertolak ke Hakone Sekisyo. Kali ini masa tidak menyebelahi kami kerana tempat itu akan ditutup pada pukul 5:00 petang dan kami cuma sempat bergambar di kawasan luar sahaja. Banyak telah berubah sejak kali terakhir ke sana pada tahun 1994. Pada masa dahulu diletakkan replika kepala manusia untuk menunjukkan penjahat yang ditangkap. Atau mungkin dipindahkan ke tempat yang lain?? Seterusnya kami bertolak ke Gotemba Premier Outlet. Hujan mula turun dan di tengah perjalanan hujan menjadi bertambah lebat. Melalui kawasan bukit dengan jalan yang berbengkok2 dan melalui jalan yang mempunyai had laju 30 km/s (mungkin di Malaysia tidak ada jalan yang mempunyai had laju sedemikian??). Kami sampai ke Gotemba pada pukul 6:30 petang dan bermulalah aktiviti mencuci mata dan “membeli-belah tingkap”. Malangnya (atau mungkin baik), jualan murah bermula pada keesokannya iaitu 22 Ogos sehingga 31 Ogos. Selepas kami menempah rumah dan melayari laman web Gotemba Premier Outlet baru kami perasan tarikh jualan murah. Tetapi jika ada jualan murah sudah pasti kami tidak dapat parking kereta seperti di Karuizawa pada tahun lepas. Kami membeli kasut “buaya” untuk anak2 dan papa. Crocs Disney untuk Alya, Crocs Cars untuk Zakwan dan Zarul. Sudah lama mencari kasut “buaya”, cuma tidak dapat seperti apa yang kami idamkan. Dan harganya juga agak murah sedikit. Kemudian, pada pukul 8:30 malam bertolak pulang ke Tokyo. Sampai ke Tokyo pada pukul 10:30 malam dan terus ke Saizeriya di Hatanodai untuk late dinner.

p/s: percutian yang amat bermakna buat kami dengan pengalaman baru untuk anak2

-nash-
Vocabularies:
えい (ei) – ray
海豚「いるか」 (iruka) – dolphin
鯨「くじら」 (kujira) – whale
鮫「さめ」 (same) – shark
蟹「かに」 (kani) – crab

Tagged: , , , ,

6 thoughts on “21 ogos: hakone

  1. saharil August 25, 2008 at 4:23 pm

    waah.. hebatnya kapal tu. masa saya ke sana, naik feri saja. hahaha.. :-P

    masa pergi dulu tak guna odakyu free pass ke?? boleh naik free…but kami cuma ambik tiket kapal & ropeway je

  2. Aina@Azila August 25, 2008 at 8:13 pm

    Bestnyer…
    Eh si Riza yg tengah sarat tu pun ikut jugak? Ganas tul si Riza ni. Jaga dia baik2 tau Nash.

    aah …Riza ikut je…takkan nak tinggal kat rumah..alhamdulillah dia larat lagi…

  3. suhaila August 25, 2008 at 9:18 pm

    Salam perkenalan,

    Cantik gak Hakone ye…biasa dgr org citer je nmpk Fuji san dr Hakone…tp tak pernah lak tengok gmbr yg lain…

    salam perkenalan…masa kami pergi hakone tu…hari mendung sbb nak hujan di belah petang ..so tak dptlah nampak fuji-san ..cuma nampak bayang2 je…dari celah awan..

  4. hairieusoff August 26, 2008 at 12:47 am

    bestnya…kami yg dekat ni pun tak sampai lg..ahaks

    takpe..banyak lagi masa…bukan macam kami ni…insyaallah

  5. asuhara August 26, 2008 at 12:17 pm

    time kami pegi pun x nampak fuji-san…kabus, bayang pun x de!
    wahhh powernya riza boleh panjat bukit jugakkkk…saya pun semput2 nak menyampaikan kat atas tu! cayalah riza!

    susah gak nak nampak fuji-san…dan selalunya masa haru senang nak nampak kot…?? zakwan pun dpt panjat sampai kat atas tu dan alhamdulillah lelahnya pun tak menyerang…

  6. lina August 26, 2008 at 2:35 pm

    had laju depan sekolah 30km/sj. baru hari tu Zaini try bawak 30km/sj, rasanya apek awak basikal kat sebelah pun boleh potong kereta kitaorg. Hahaha…

    Best arrr, banyak jenjalan. Tak pernah sampai Hakone lagi… enjoy sakan ye :-)

    tula…kalau cuaca ok …rasanya tak ikut halaju kot…but nasib baik hujan turun …lebat pulak tu dan hari pun dan petang (gelap)…so terpaksa ikut halaju…kalau nak pi hakone ..dari shinjuku ada package 5000 yen termasuk naik train, kapal, ropeway, bus etc…no limit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: