20 ogos: chigasaki dan itou

Bercuti ke Itou di Izu dan Hakone. Bermalam di 貸切別荘「かしきりべっそう」(bangalow sewa) 舞鶴荘「ぶかくそう」 (Bukakusou) di Itou yang ada onsen di dalam rumah. Dapat sewa bangalow yang agak murah iaitu dalam 12600 yen untuk 2 bilik dan ada onsen. Kali ini pergi dengan kereta Mazda Demio sahaja kerana semua Premacy telah ditempah (maklumlah sedang cuti musim panas). Kereta pun dapat murah kerana sewa kereta melalui University Coop iaitu 10000 yen untuk 2 hari. Kami pergi bersama adik yang sedang bercuti musim panas dari Jerman.
Keluar rumah dalam pukul 8:30 pagi ke Suzuki-en di Chigasaki untuk budou to nashi gari (grape and japanese pear picking). Sebelum sampai ke sana, Zakwan muntah kerana kami tidak beli ubat tahan muntah. Mungkin kerana kereta yang kecil dan jalan yang banyak “traffic light”. Singgah sebentar di Sundrug Store untuk membeli ubat tahan muntah, sunblock lotion dan lain2. Sampai ke Suzuki-en dalam pukul 10:30 pagi. Dapatlah kami tengok pokok nashi, kaki (pisang kaki??), kiwi dll. Kaki dan kiwi masih belum masak kerana dua2 buah tu akan masak dalam bulan 10 nanti (musim luruh). Untuk musim panas cuma ada anggur dan nashi sahaja. Di sini tiada bayaran masuk dan had masa. Petik dan bayar kemudian mengikut berat buah yang dipetik. Mungkin ini dapat mengubat rindu hendak makan buah durian, rambutan dan lain2 di Malaysia. Anggur jenis 紅伊豆「べにいず」 (Beniizu) berharga 1300 yen sekilogram dan nashi jenis 幸水「こうすい」梨「なし」 (Kousui nashi) berharga 600 yen sekilogram. Sampai sahaja kami di sana, kami diberi merasa buah yang ada sambil berborak2. Peramah dan baik En. Suzuki melayan kami. Kemudian, diterangkan bagaimana memetik buah anggur dan nashi. Buah anggur perlu gunakan gunting tetapi nashi hanya dengan menolak buahnya ke atas. Kami memetik 4 gugus buah anggur dan 6 biji buah nashi. Semuanya 4000 yen. Satu pengalaman yang menarik dan baru untuk anak2. Tidak dapat beli banyak kerana perjalanan kami masih jauh dan takut buah rosak di dalam kereta.
Selepas itu kami ke pekan Chigasaki untuk makan tengahari di Kura sushi. Perut pun tengah lapar dan dapatlah berehat sebentar. Makan tengahari yang lambat iaitu dalam pukul 2 petang. Selepas itu membeli alat mainan untuk main pasir di pantai di Nishi Matsuya dan lain2 untuk anak2. Kemudian meneruskan perjalanan ke Itou melalui jalan di tepi pantai Sagamiwan (Teluk Sagami). Sampai di Bukakusou dalam pukul 4 petang dan terus daftar masuk. Luas juga rumah yang kami sewa dan berada di atas bukit tepi laut. Sungguh indah permandangan dari beranda rumah. Kami diberitahu akan diadakan hanabi taikai pada hari Jumaat (22 Ogos). Mungkin bukan rezeki kami untuk melihat bunga api. Atau mungkin di lain kali. Rumah itu siap dengan onsen yang ada > 15 kelebihan iaitu untuk pesakit kulit dll.
Selepas menyimpan barang2 di dalam rumah, kami ke pantai yang berhampiran iaitu Orange Beach untuk anak2 bermain di tepi pantai. Walaupun pasirnya berwarna hitam, airnya sangat jernih. Pada masa itu tidak ramai pengunjung yang ada kerana sudah pukul 5 petang. Anak2 sungguh seronok bermain dengan air dan pasir. Ini adalah kali pertama kami membawa Zarul ke pantai dan kuat gelak ketawanya bermain dengan abang dan kakaknya. Dalam pukul 6:30 petang (malam), kami pulang ke bangalow dan bermulalah sesi memasak nabe. Kali ini kami membuat キムチ鍋「きむちなべ」 (kimchi nabe) dan 蟹玉丼「かにたまどん」 (kanitamadon) untuk anak2. Kami tidur awal untuk persiapan sebelum perjalanan seterusnya ke Hakone esok.

p/s: pengalaman yang amat berharga buat kami dan anak2 memetik buah anggur dan nashi…

-nash-
Vocabularies:
バク「ばく」 (baku) – tapir
栗鼠「りす」 (risu) – squirrel
蛇「へび」 (hebi) – snake
麒麟「きりん」 (kirin) – giraffe
野兎「のうさぎ」 (nousagi) – hare

Tagged: , , , , , ,

One thought on “20 ogos: chigasaki dan itou

  1. asuhara August 25, 2008 at 6:04 pm

    wah bestnya gps kat keta tu, keta kami gps sempoi jek pasal keta kecik 660cc jek…org keta tu siap ckp kalau nak gps power sewalah keta yg lebih tinggi kuasanya!

    ok jugak la car navi nya…sbb masukkan phone no je…dan boleh pilih jalan sampaikan jalan kecik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: