lelaki sayang kereta lebih daripada isteri

Mungkinkah ini benar? Bagi pendapat saya, sayangkan kereta bukanlah sama maksudnya dengan sayang kan isteri. Cuma kereta lebih “rapat” dengan lelaki kerana telah menjadi mainan sejak kecil lagi dan seterusnya bila dapat memiliki kereta yang sebenar perasaan menyukai kereta tidak berubah. Dan adakah jika dari kecik memiliki mainan anak patung, “rapat”nya dengan isteri lain??

Lelaki sayang kereta lebih daripada isteri

LONDON 4 Ogos – Satu kajian di England mendapati tiga peratus daripada pemandu lelaki di negara ini lebih rela meninggalkan isteri atau teman wanita daripada tidak menggunakan kereta mereka.

Kajian organisasi permotoran AA juga mendedahkan hampir 80 peratus rakyat Britain tidak dapat hidup tanpa kereta walaupun mereka dibebani kenaikan harga minyak.

Memandu pula bukan tidak mendatangkan masalah kepada mereka.

Perbuatan memandu dengan mengekori kereta lain pada jarak dekat merupakan tabiat tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus manakala menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula dilakukan oleh kira-kira 26 peratus pemandu di Britain.

“Walaupun berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi, kenaikan cukai jalan atau perbuatan mengekori kereta lain pada jarak dekat, menyalahgunakan telefon serta memonopoli laluan tengah, namun rata-rata pemandu masih tidak boleh membayangkan hidup tanpa berkereta,’’ kata Presiden AA, Edmund King.

“Mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ialah kita perlu belajar untuk hidup dengan berkereta daripada mengehadkan penggunaan kereta,’’ katanya.

Pada masa ini, harga purata bagi satu liter petrol tanpa plumbum di Britain ialah 116.6 pence (RM7.48), naik sebanyak 20 pence berbanding harga beberapa tahun lepas.

Kajian itu dijalankan dari 23 Mei hingga 2 Jun lalu di kalangan 18,547 ahli AA.

– Reuters

p/s: teringat masa memiliki kereta pertama iaitu Nissan Sylvia di sini “dahulu”…macam2 mahu diubah dan ditambah…tetapi hajat untuk membawa balik ke Malaysia tidak kesampaian kerana kegawatan ekonomi pada tahun 1997-98…

-nash-
Vocabularies:
オランウタン (orangutan) – orang-utan
パンダ (panda) – panda
鹿「しか」 (shika) – deer
狼「おおかみ」 (ookami) – wolf
ライオン (raion) – lion

Tagged: , ,

4 thoughts on “lelaki sayang kereta lebih daripada isteri

  1. Aina@Azila August 22, 2008 at 6:00 am

    Adoiii….kijam …sungguh kijam kaum lelaki ini. Betul ker Nash? lelaki pilih kereta dari isteri? Sampai hati hu hu hu…. Riza, kita beli kereta sendiri, pas tu kita jangan kasi lelaki naik kereta kita yer….kuang kuang kuang..

    p/s Ada blogger tak leh masuk blog ni lagi, kena block katanya. Tapi dia rindu nak datang ke sini => http://safaridz.blogdrive.com/

    bukan….takde sapa yg kejam…cuma kereta tu kira mcm hobby??? toys??

    pasal yg tak boleh masuk tu..saya tgk takde pun kena block…cuma komen ni masuk dlm spam…hehehe

  2. Aina@Azila August 22, 2008 at 6:02 am

    testing testing 1, 2, 3.

    kenapa komen akak sebelum ni tak keluar?

    mmm….tak sure la kenapa..takpe…tulis lagi…(kalau masih ingat atau bila dah ingat nanti)..

  3. faizly August 22, 2008 at 10:05 am

    saya xder la obsess sgt dgn kete..tp sy suker cuci keter..hahaha..mcm mana tu ek?

    kalau mcm tu boleh la nanti duduk dekat rumah kami…bila2 nak basuh kete…boleh la basuh kete kami..huhu

  4. rudy August 22, 2008 at 1:13 pm

    aku x obses kereta. juga tak suka cuci kereta. hahahaha semua hantar workshop atau kat adik aku yg keje mekanik terlatih.

    kalau mcm tu..nanti boleh kami hantar kereta ke workshop adik rudy…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: