memperingati pengeboman atom hiroshima dan nagasaki

Semalam adalah genap 63 tahun bom atom dijatuhkan ke bumi Hiroshima dan selang 3 hari selepas itu sekali lagi bom atom dijatuhkan di bumi Jepun ini iaitu di Nagasaki. Kedua2 tempat yang penuh bersejarah itu sempat dilawati semasa masih belajar di peringkat sarjana muda dahulu. Kedua2 tempat menyediakan muzium peringatan bom atom yang menceritakan sejarahnya dengan terperinci. Semasa itu, seribu satu perasaan kasihan, sedih, simpati dan sebagainya. Ditunjukkan bagaimana keadaan rakyat yang tidak berdosa menanggung penderitaan dengan alasan untuk menamatkan perang. Adakah itu benar2 pilihan yang terakhir yang patut dilakukan? Mudah sangat manusia menghalalkan pembunuhan atas alasan untuk menghentikan sesuatu perbuatan. Mangsa yang meninggal dunia dan terselamat dengan kecederaan yang amat dasyat terkena sinaran bom atom, terbakar dan sebagainya.

Semasa belajar di peringkat sarjana muda, pernah mengambil subjek Sejarah Sains sebagai subjek pilihan untuk memenuhi kredit bagi kumpulan subjek sains sosial. Ditunjukkan bagaimana projek Manhattan bermula dan akhir sekali ditunjukkan video dan gambar foto pada hari kejadian. Dasyat sekali keadaan rakyat Hiroshima dan Nagasaki yang tidak berdosa dan tidak boleh digambarkan dengan tulisan dan kata2.

Semoga segala sejarah ini tidak berulang dan pengajaran dapat diambil demi keamanan sejagat. Ini ada sedikit fakta mengenai pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dari WIKI:

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear “Little Boy” dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran. Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan. Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain. Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa. Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.

Pada 15 Ogos 1945 Jepun mengumumkan penyerahan kalah kepada pihak Berikat, lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada 2 September lalu menamatkan Perang Dunia II, Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi, pengalaman pengeboman ini menggesa Jepun untuk mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjaa nuklear.

Untuk lebih lanjut boleh rujuk ke halaman WIKI (Bahasa Inggeris).

p/s: semoga dunia aman dari peperangan dan hentikan penggunaan senjata pembunuhan beramai2 yang tidak mengira mangsanya

-nash-
Vocabulary:
野生動物「やせい どうぶつ」(yasei doubutsu) – wild animals
狒々「ひひ」(hihi) – baboon
河馬「かば」(kaba) – hippopotamus
犀「さい」(sai) – rhinoceros
熊「くま」(kuma) – bear

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: