Kebetulan ada kelas utk. belajar cara2 bungkus dan balut barang dengan kain furoshiki Jepun di sekolah Alya, mama pun join sama. Kelasnya memang menarik sebab belajar budaya Jepun yang guna sehelai kain sahaja untuk bawa dan bungkus semua barang. Yang menarik lagi, sesuai untuk buat hiasan2 juga. Kelas selama sejam tu, kami cuma belajar 10 jenis ikatan (suika musubi, futatsu musubi, hako musubi, bin musubi etc) tapi bila check internet ni, banyak lagi jenis2 ikatan yang lain yang boleh belajar..Sesiapa yang berminat boleh akses, contohnya di sini
Masyarakat Jepun ni, budayanya memang unik dan halus, tapi yang menariknya cara pemikiran mereka selalu memikirkan tentang orang yang akan menerima. Sampaikan kalau dibalut hadiah tu, siap fikir yang orang buka tu akan mendahului tangan kanan dan sebagainya. Cara ikat pun berseni. Cuma sekarang ni, furoshiki ni dilebarkan sayapnya untuk ‘eco’ sbb boleh mengurangkan plastic supermarket dan kertas balut hadiah. From my point of view, furoshiki ni pun elok diserapkan ke masyarakat malaysia. Orang kita dulu guna kain batik untuk bawa barang..tapi sebab kain batik nampak tak ‘class’ sangat jadi mungkin boleh guna scarf atau batik lukis..cantik dan ‘malaysian’.
- Asas balut barang2
- Tissue cover
- Utk. bawa botol
-riza-
setuju dgn Nash. Bagus kan digunakan kain batik untuk balut hadiah. Boleh juga mempromosi dan menaikkan lagi martabat kain batik Malaysia.
hehehe….entri ni riza yg tulis la…huhu…”lembu punya susu, sapi dpt nama…”
heh heh… sori riza, tak perasan ada nama di hujung entri. :p
woh.. sangat menarik aktiviti lipat-melipat ni.
hemph..wii pun ada software cara lipat melipat furoshiki kna… kat Keio Univ, Lab berjiran dengan saya ada buat Smart Furoshiki yang blh detect apa yang ada dlm furushiki tu…
http://ieeexplore.ieee.org/xpl/freeabs_all.jsp?arnumber=4279053
furoshiki no tsutsumikata~
tgk gambar tu terigt citer hana yori dango~~~makino bwk bekal yg dibungkus mcm tu ke sekolah
^^