outing @ shibuya

Pagi2 dah keluar rumah dalam pukul 10:15 pagi ke Shibuya. Tempat pertama Sweets Paradise dan bermulalah proses menambah kalori yang hampir tak semua digunakan…hehe…so bertukar la jadik lemak @ fat. Kira brunch la, makan bermula dari spagetti, kek2, ais krim, capuccino dll. Foto boleh lihat di entri semalam. Disebabkan hari Sabtu, buffet hanya untuk 70 minit (jika weekdays sehingga 90 minit) dan baru setengah jam dah terasa perut penuh. Anak2 seronok sebab dapat minum air melon float, ais krim dan ABC ala Jepun @ kaki goori. Semua sekali dalam 3500 yen.

Kemudian ke GAP Store kerana Zatul request nak pergi untuk membeli pakaian untuk anak dan baby yang bakal lahir. Kami pun mula2 hanya untuk window shopping dan akhirnya terus jadik “door shopping”…huhu. Walaupun bukan sales murah2 sangat tetapi masih ada beberapa pakaian yang dijual murah untuk menghabiskan stok. Kami beli: jaket denim dan topi GAP warna pink untuk Alya, seluar khakis dan topi untuk Zakwan dan seluar pendek denim dan topi untuk Zarul. Kenapa beli topi untuk kids?? Musim panas di sini sangat panas dan sinaran mentari sangat terik, kesian pulak tengok anak2 bila berada di luar. Semua sekali dalam 6500 yen.

Seterusnya ke Disney Store, mula2 hanya untuk bawa Zatul membeli souvenir untuk anak dia. Bila masuk je ke dalam kedai ternampak tanda “Sales 50%” (bukan selalu ada), dan kami pun macam kena “mind control” mencari barang2 untuk anak2. Barangan yang kami beli: set alat tulis Cars untuk Alya, beg Pooh & friends untuk Zakwan dan Zarul, gula2 sumbat seberapa banyak yang boleh dalam cawan dan dapat 2 key case Mickey untuk setiap pembelian 3000 yen (kumpul2 resit dengan Zatul). Sampai hari ni Zakwan dan Zarul pakai beg tu walaupun dalam rumah sejak semalam. Semua sekali dalam 5037 yen.

Selepas itu, semasa bejalan ke Don Quixote (baca Don Kihote), mama sampai cramp kaki. Katanya mungkin sebab makan terlebih kalori.. huhu. Singgah sekejap di Zara Butik dan mama dah mula berkenan dengan beberapa baju yang dipamerkan, cuma kurang tulis perkataan “SALES” dan tak lah sampai kena “mind control” buat kali kedua..hehe. Sekejap je dah keluar dari kedai tu. Jalan lagi. Jumpa kedai kebab dan ais krim Turki (nebaneba ice). Zatul singgah untuk beli kebab ayam (bila tanya, mereka kata hanya ayam yang HALAL) dan Alya hendak merasa ais krim yang sedap katanya. Mama dan papa tidak sempat merasa kerana anak2 pulun makan..huhu. Semua sekali 350 yen.

Sampai di Don Quixote, hanya tengok2 sahaja kerana Zakwan dah mula tidur sambil berdiri dan berjalan. Kami cepat2 berjalan ke Shibuya stesyen. Sampai di stesyen, mama nak tengok durian di kedai buah berhampiran stesyen. Ada durian yang dah dibuka tetapi isinya masih di dalam berharga 3000 yen (bayangkan harga sebegitu dengan buah sudah dibuka) dan hanya 6 ulas isi di dalam plastik berharga 1800 yen. Akhirnya kami hanya bau sahaja dan beli buah melon dan pisang. Semua sekali 400 yen.

Selepas itu barulah kami masuk ke stesyen dan naik keretapi pulang ke rumah. “kami pulang dengan gembira”. Zarul tidur dari Shibuya stesyen sampailah ke Ishikawadai stesyen.

p/s: lama betul tak ke jalan2 di Shibuya dan bila dah berjalan macam nak buat…huhu (tu belum menonton wayang, ber”karaoke” dan lain2…)

-nash-
Vocabulary:
ふく (fuku) – clothing
ブラウス (burausu) – blouse
くつ (kutsu) – shoes
シャツ (syatsu) – shirt
コート (kooto) – coat

Tagged: , , ,

6 thoughts on “outing @ shibuya

  1. Zatul July 27, 2008 at 9:37 pm

    Rasa masa surf kat Lazona Mall, Kawasaki ada ZARA store jugak. Kat situ rasa ada utk kids sekali. Leh la Riza gi shopping ZARA kat sana hehehe…

    mmm….kena check budget dulu…hahaha…sbb lepas ni byk tpt nak pi…cuti summer panjanggggg….

  2. lina July 27, 2008 at 11:53 pm

    Nash,
    bila gi Ulfes?

    insyaallah lagi 2 minggu …selepas adik dtg sini dari msia…dlm 7 atau 8 august kot..naper..ada pesan nak bagitau kat ultraman ke…hehe

  3. lina July 28, 2008 at 12:32 am

    boleh ke? :D

    hahaha…nak mintak depa ambik lina sefamily ke sini ke…?? huhu

  4. asuhara July 28, 2008 at 12:07 pm

    wahh..shibuya, first time tgk orang crossing, tak tau apa perasaannya…ramaiiiiiii sgt2! nanti konon nak try karaoke kat saporro…keskeskes…tah gimana ler gayanya karaoke kat sana ek? dah la tak boleh baca nihon. ada tips tak?

    tips…haha…kalau tahu baca hiragana or katakana…sapa2 pun boleh nyanyi…(mcm anak2 kami la…)…n ada je lagu inggeris…carik karaoke box JANGAN karaoke pun…huhu

  5. lina July 28, 2008 at 2:33 pm

    hahaha… pesan kat Urutoraman jgn buat show selagik kitaorg tak sampai. Muahaha!!!!
    Jeles aarr… tengok baju jual kat Ulfes, Raimie berkenan giler. Huhuhu….

    so kena bagitau bila boleh sampai la..takkan nak biart ultraman duk tunggu je…nak baju ye…kalau ada $$ tt ke sini…boleh la kami pos kan..huhu

  6. saharil July 30, 2008 at 11:35 pm

    teringat duduk kat starbucks shibuya tu. tengok orang bersimpang siur melintas tapi tak leh ambil gambar, sebab kena marah dengan pelayan restoren. haha.

    yeke..mmg scramble zebra crossing itu popular di sini…dan kat situ la kami jumpa tun mahathir sedang berjalan, berjumpa kawan lama dsb…kat situ kan ada patung anjing hachikou yang terkenal sebagai tempat pertemuan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: