“haisya-san” – dentist

Baru-baru ni kami pergi untuk check gigi ke dentist. Kebetulan Alya pula gigi “rabbit” kat depan tu dah longgar dan sebulan yang lepas dapat surat dari pemeriksaan gigi di sekolah yang kena pergi bawa ke klinik sebab ada shikou (plaque). Mama pula pergi untuk pemeriksaan percuma (kupon) ibu-ibu mengandung dan Zakwan regular checking. Tapi dah sebab 3 bulan tak pergi, anak2 dah jadi takut sikit, terpaksalah mama yang check dulu, lepas tu Alya dan akhir sekali Zakwan. Nasihat dentist tu untuk Alya, pasal gigi rabbit, tunggu sampai gigi tu terkeluar sendiri atau sampai Alya dah tak selesa..untuk plague tu latihan berus gigi..tapi waktu tu Alya berus gigi elok je, jadi mama disuruh buat shiagemigaki (tolong beruskan gigi selepas anak2 berus gigi sendiri). Tapi memanglah salah mama sebab dah lama tak buat shiagemigaki untuk dia. Anak2 lain mama tolong beruskan juga. Mama pula dia checkkan ha narabi (susunan gigi), ada gigi ke tak ada, tanda kat kertas dan keadaan gusi saja. Zakwan pula latihan berus gigi dan dia suruh berhati2 sebab ada satu gigi yang serpih. Cuma dia kecil lagi, jadi dia tak akan buat apa2 kat gigi tu. Tapi Zakwan punyalah tak suka latihan berus gigi, sampaikan mengeliat2 dia tahan waktu nurse tu tolong beruskan gigi dia…kalau tak caya tengoklah gambar posing nye atas kerusi tu…mengeliat2. Tapi yang bestnya…semuanya FOC walaupun klinik swasta, siap dapat berus gigi lagi untuk kids.

-riza-
Vocabulary:
ちゅうしゃき (chuusyaki) – syringe
ちょうしんき (choushinki) – stethocope
たいおんけい (taionkei) – thermometer
まほうびん (mahoubin) – thermos flask
くすり (kusuri) – medicine

Tagged: ,

3 thoughts on ““haisya-san” – dentist

  1. aries July 25, 2008 at 9:46 am

    nash…semua free checking kat klinik swasta..bagus la sana…

    kat sini kena join national health inssurance (setahun dalam 60,000 yen; kira2 mcm rm 600 la kalau ikut cost living sini)…dan kanak2 bawah 10 tahun free kat mana hospital dan klinik pakar termasuk ubat2….untuk yg atas 10 tahun…kena bayar 30% daripada cost…so mmg untung….untuk maternity check pun dpt free for 14 times checking….

  2. rudy July 25, 2008 at 9:50 am

    kan? inilah sistem kebajikan klinik2 swasta kat jepun… uwaaa nihon ni modoritai~

    aah…kalau ada anak kecik..better duk sini..sbb medical almost free dan dpt allowance dari city hall tiap bulan…

  3. hairieusoff July 26, 2008 at 12:06 am

    ahaks…beranak pun bagus di Jepun…

    semua free kan..cuma mcm kami dua2 study susah sikit la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: