花火 (hanabi): fireworks

Sejak minggu lepas bermula musim ber”hanabi” atau musim pertunjukan @ pertandingan bunga api. Di Jepun, acara pertandingan bunga api disambut seperti matsuri (pesta) yang lain dan meriah dengan berbagai acara sampingan. Warga Jepun akan berpakaian yukata (kimono untuk musim panas yang lebih nipis) dan kanak2 akan memakai jinbei (kimono dengan seluar pendek). Kami tidak dapat pergi ke hanabi matsuri di Yokohama pada hari Ahad lepas dengan mama yang tidak berapa larat dalam keadaan berhimpit2 menaiki keretapi dan mencari tempat untuk menonton hanabi (keadaan biasa semasa hanabi). Mungkin selepas ini, jika masa dan kesihatan mengizinkan kami akan pergi ke Hanabi Taikai (pertandingan bunga api) di tempat lain.


Semasa Hanabi Taikai di Yokohama hari Ahad lepas (credit hbmediawork @ Haris)

Ini ada beberapa informasi tentang tempat dan masa beberapa Hanabi Taikai di sekitar Tokyo:

  1. Sumida River Fireworks Festival(antara yang terbesar di Tokyo)
    • Tempat: sekitar Asakusa
    • Tarikh: 26 July 2008 (Sabtu)
    • Masa: 7:10 – 8:30 malam
    • Bilangan das: 20,000 das
  2. Kanagawa Newspaper Fireworks Festival
    • Tempat: sekitar Yokohama Minato Mirai
    • Tarikh: 1 Ogos 2008 (Jumaat)
    • Masa: 7:15 – 8:30 malam
    • Bilangan das: 8,000 das
  3. Tamagawa Fireworks Festival
    • Tempat: sekitar Futako Tamagawa
    • Tarikh: 16 Ogos 2008 (Sabtu)
    • Masa: 7:00 – 8:00 malam
    • Bilangan das: 12,000 das
  4. Syowa Kinen Kouen Fireworks Festival, Tachikawa
    • Tempat: sekitar Syowa Kinen Kouen
    • Tarikh: 26 July 2008 (Sabtu)
    • Masa: 7:20 – 8:30 malam
    • Bilangan das: 5,000 das
  5. Edogawa-ku Fireworks Festival
    • Tempat: sekitar Shinozaki Kouen
    • Tarikh: 2 Ogos 2008 (Sabtu)
    • Masa: 7:15 – 8:30 malam
    • Bilangan das: 14,000 das
  6. Jingu Gaien Fireworks Festival
    • Tempat: Jingu Stadium
    • Tarikh: 7 Ogos 2008 (Khamis)
    • Masa: 7:30 – 8:30 malam
    • Bilangan das: 10,000 das

Ini hanyalah sebahagian daripada banyak2 pertandingan bunga api yang ada. Saya cuma senaraikan tempat yang biasa kami pergi dan bilangan das bunga api lebih dari 5000 das. Tempat yang selalu kami pergi adalah ke Futako Tamagawa kerana dekat dengan rumah kami dan sudah biasa pergi ke sana sejak dari semasa “undergraduate” dahulu.

p/s: walaupun menonton/melihat bunga api dalam keadaan panas, hati terhibur dengan berbagai jenis bunga api dalam suasana pesta.

-nash-
Vocabulary:
びょういん (byouin) – hospital
いしゃ (isya) – doctor
かんごふ (kangofu) – nurse
かんじゃ (kanja) – patient
くるまいす (kuruma isu) – wheel-chair

Tagged: , ,

4 thoughts on “花火 (hanabi): fireworks

  1. haris July 24, 2008 at 12:30 am

    mane tao tuh gmba dr yokohama hanabi? hehe..

    ha ha…tekaan yg tepat kan….??

  2. Aina@Azila July 24, 2008 at 2:28 am

    Wow…sure best kan, mesti cantik. I pernah tengok sekali jer live fireworks.

    berbagai2 jenis bentuk bunga api ada….bentuk hello kitty, doraemon, mickey mouse etc…dan berwarna-warni…kalau nak rasa feelingnya…meh la sini…hehe

  3. lina July 24, 2008 at 7:10 pm

    saya tengok hanabi kat Putrajaya ajelar…. teringin nak berhanabi di sana, tapi memikirkan kena datang bercuti time summer… lupakan aja. :D

    sekali sekala ok je ..merasa summer yg panas dari msia…kalau tahun depan lagi elok..sbb puasa pun masa summer..huhu…kalau nak tgk hanabi masa winter…kat disneyland..tiap2 malam ada..hehe

  4. hairieusoff July 26, 2008 at 12:04 am

    Pergi ke? Yang mna? byk jadualnya tu…

    tula…ingat nak pi yg sumidagawa…cuma sure penuh sesak..so tunggu yg kat futako tamagawa kot..sbb dekat ngan rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: