宿題 (shukudai): homework

Untuk cuti musim panas, Alya perlu menyiapkan banyak kerja rumah: kokugo (bahasa Jepun), sansuu (kira2) dan lain2. Supaya tidak bosan duduk di rumah, bagus juga bila ada kerja rumah dari sekolah ni, maklumlah bukan boleh jalan selalu kerana kesibukan mama dan papanya. Sebelum cuti sekolah bermula, cikgu telah meminta ibubapa membawa pulang bunga asagao (bunga kembang pagi: morning glory) untuk anak2 membuat kansatsu (pemerhatian) tumbesaran pokok dan menulis enikki (diari bergambar).

Murid2 menanam pokok asagao dari biji benih dan perlu membuat pemerhatian setiap hari sambil menyiram dan menjaga pokok masing2. Sekarang pokok asagao telah mula berbunga dan murid2 perlu membuat pemerhatian setiap hari seperti berapa bunga yang kembang (warna dan sebagainya), jenis2 daun yang tumbuh dari kecik hingga besar, bagaimana bunga membesar dari putik bunga dan sebagainya. Murid2 perlu melukis pokok dan bunga2 serta menulis karangan mengenai perkembangan pokok masing2 di dalam enikki (diari bergambar).

Ini adalah bunga asagao yang sedang berkembang:

p/s: murid2 dipupuk agar menghayati alam sekeliling, membuat pemerhatian dan melukis serta menulis apa yang difahami

-nash-
Vocabulary:
トマトケチャップ (tomato kechappu) – tomato sauce
やきたまご (yakitamago) – fried egg
メニュー (menyuu) – menu
ちゅうもん (chuumon) – order
しはらい (shiharai) – pay
Ex: 何を注文しようかな? naniwo chuumon shiyoukana? What should I order?
Usage: 注文 (chuumon)[noun] -> 注文する (chuumon suru)[verb]

Tagged: , ,

5 thoughts on “宿題 (shukudai): homework

  1. MamaIQ July 23, 2008 at 8:48 am

    nash,thn depan ready utk bwk blk mini tomato plak!best sbb bleh rasa hasil tanaman anak(^-^)v

    kalau tomato etc yg boleh makan…sure anak2 pun seronok esp yg tak suka makan sayur…hehe

  2. cinta July 23, 2008 at 10:07 am

    wah mrning glory… hiro skrg tengah tanam pokok bunga mawar. duk hari2 siram.

    boleh la…hiro start buat enikki..permulaannya dengan menghargai alam..kemudian menghormati org lain dan seterusnya…..

  3. aliffu July 23, 2008 at 3:01 pm

    salam, buleh dapat email tak? ader nak bgtau ni.

    salam…boleh bagitau siapa ye??

  4. umebOsHi July 23, 2008 at 5:29 pm

    nash, bagus nye cara pembelajaran kat nihon, kan… praktikal!! anak2 jadi bersemangat utk mengetahui dan belajar. kat malaysia, mungkin ada sesetgh sekolah yg buat camtu, tapi jarang sgt! teringat Ume masa drjh 1, memasing cikgu soh tanam kcg hijau, yg akan tumbuh jadi pokok taugeh. tapi, pokok2 tu kena letak kat dlm kelas je..tak bawa balik ke rumah. hari2 kena p jenguk pokok tu kat belakang kelas…dan cerita apa perubahan nye kat kelas… (erk, byk le pulak celoteh kiter..)

    kat sini pun lebih kurang mcm tula…masa hari persekolahan mmg tinggal kat sekolah…sekarang tgh summer holiday..tu yg bwk balik ke rumah…yg bezanya mungkin sbb tanam pokok besar…masa saya dulu pun pokok taugeh je…heheh

  5. cikf=) July 23, 2008 at 10:20 pm

    hajimimasite=)
    erk..btul ke ayat tu??heh

    sikit aje tak betul…HAJIMEMASHITE…
    YOROSHIKU ONEGAISHIMASU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: