ueno zoo

Entri ini sepatutnya untuk sambungan entri semalam, tetapi disebabkan keletihan terpaksalah disambung ke hari baru. Semalam sempena dengan cuti umum, selepas bertanya pada anak2, berjalan2 ke Ueno Zoo menjadi pilihan mereka dan selepas itu berjalan2 sambil membeli belah di Ameyoko sehingga ke Okachimachi-eki.

Disebabkan terlalu lena dengan angin air-cond dan kipas angin, bangun lewat sedikit. Bertolak dari rumah dalam pukul 10:00 pagi dan sampai ke Ueno-eki dalam pukul 11:00 pagi dan terus ke Ueno Zoo. Selepas bergambar di depan pintu masuk, terus beli tiket masuk (hanya untuk dewasa sebanyak 600 yen seorang). Zarul hendak melihat zou-san (gajah), Zakwan pula hendak melihat hebi (ular) dan Alya hendak melihat shika (rusa). Kali terakhir kami ke Ueno Zoo adalah pada bulan 2 tahun lepas dan pada masa itu masih musim sejuk. Pemandangan yang berbeza terutama sekali pada masa itu Panda yang bernama Ling Ling masih hidup. Beruang dan banyak haiwan lain sedang berhibernasi. Pada kali ini pula, Ling Ling sudah tiada lagi ( mati pada 30 April 2008 ) dan pokok2 menghijau serta haiwan2 sedang kepanasan. Ketika berada di Ueno Zoo, hampir tiada bau yang memualkan terutama bau najis haiwan dan suasana hutan dan lanskap yang menarik menyebabkan anak2 seronok berjalan2 sambil melihat haiwan yang ada.

Makan tengahari di dalam zoo dan tidak banyak yang boleh dimakan (tidak sempat membuat bento) dan hanya makan ringan sekadar mengalas perut. Selepas itu meneruskan perjalanan kami dengan melihat beruang2 yang tidak dapat kami lihat pada tahun lepas dan ke kawasan haiwan peliharaan jinak seperti kambing, ayam, arnab, poni dll. Zarul dan Zakwan berani memegang kambing walaupun takut2 pada permulaaannya manakala Alya pula langsung tidak berani menyentuh. Pada masa itu, nasib baik babi dan anjing tidak dibiarkan bebas di kawasan itu. Haiwan akan dilepaskan mengikut masa tertentu. Kami keluar dari zoo dalam pukul 3:00 petang.

Seterusnya ke Ameyoko untuk makan tengahari (atau petang??). Seperti selalu jika ke Ameyoko, menu kami adalah kaisen donburi. Papa makan 4 syoku don (amaebi, syake, hotate, tako), mama makan maguro kani ashi don (maguro dan kani), Alya pula syake don (syake). Anak2 puas makan sampaikan sudah bercampur wasabi pun boleh dimakannya. Selepas itu membeli belah di Ameyoko: anggur delaware, unagi kabayaki, manggo, udang. Bertolak pulang ke rumah dari Okachimachi-eki dan masuk sahaja dalam keretapi, Zarul terus tertidur sampai ke Ishikawadai-eki (stesyen keretapi di rumah) kerana keletihan. Zarul hari ini tidak mahu menggunakan stroller dan berjalan dari rumah sehinggalah ke Okachimachi-eki.

Untuk melihat gambar2 yang lain, sila ke NashRiza’s Fotopages

p/s: walaupun keletihan…sampai nak tidur anak2 masih berborak pasal dapat tgk haiwan itu..haiwan ini..etc..
-nash-
Vocabulary:
やきそば (yakisoba) – fried noodle
やきビフン (yakibihun) – fried mihun
のみもの (nomimono) – drinks
ごはん (gohan) – rice
つまようじ (tsumayouji) – toothpick

Tagged: , ,

5 thoughts on “ueno zoo

  1. lina July 22, 2008 at 2:24 pm

    penguin in nihongo apa ye?

    dlm nihonggo ペンギン (penggin) je…sbb kat Jepun ni takde penguin..so kira perkataan pinjam la…

  2. lina July 22, 2008 at 2:25 pm

    seronok sakan budak-budak berjalan. Mesti enjoy kan

    anak2 mmg enjoy la..but mama nya yang tak larat maklum la badan pun dah semakin besar…lepas ni byk lagi dlm perancangan cuti ni…cuma larat ke tak je la…

  3. samjap July 22, 2008 at 3:52 pm

    hihi…dah nampak perut mamanya !

    yela…dah masuk minggu ke-29 ….

  4. lina July 22, 2008 at 7:15 pm

    minggu 29 dah… tak lama lagi tu. :-)
    byk lagi nak jenjalan ke? wah, hebatnya Mama! :D

    duk rumah pun panas…so baik keluar jalan2 …cuma slow2 la…

  5. haris July 24, 2008 at 12:36 am

    hoho..saye xpnah smpai lg ueno zoo..(zoo negara pon xpenah)

    haiwan2 di ueno zoo ni lebih “ceria” dan sihat kalau compare dgn zoo negara…dan anak2 suka dtg pergi ke ueno zoo sbb boleh katakan langsung takde bau2 busuk (tahu haiwan etc)…dan masuk pun murah je…600 yen…kanak2 free

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: