fp: ueno zoo

Sempena dengan cuti umum, selepas bertanya pada anak2, berjalan2 ke Ueno Zoo menjadi pilihan mereka dan selepas itu berjalan2 sambil membeli belah di Ameyoko sehingga ke Okachimachi-eki.

Disebabkan terlalu lena dengan angin air-cond dan kipas angin, bangun lewat sedikit. Bertolak dari rumah dalam pukul 10:00 pagi dan sampai ke Ueno-eki dalam pukul 11:00 pagi dan terus ke Ueno Zoo. Selepas bergambar di depan pintu masuk, terus beli tiket masuk (hanya untuk dewasa sebanyak 600 yen seorang). Zarul hendak melihat zou-san (gajah), Zakwan pula hendak melihat hebi (ular) dan Alya hendak melihat shika (rusa). Kali terakhir kami ke Ueno Zoo adalah pada bulan 2 tahun lepas dan pada masa itu masih musim sejuk. Pemandangan yang berbeza terutama sekali pada masa itu Panda yang bernama Ling Ling masih hidup. Beruang dan banyak haiwan lain sedang berhibernasi. Pada kali ini pula, Ling Ling sudah tiada lagi ( mati pada 30 April 2008 ) dan pokok2 menghijau serta haiwan2 sedang kepanasan. Ketika berada di Ueno Zoo, hampir tiada bau yang memualkan terutama bau najis haiwan dan suasana hutan dan lanskap yang menarik menyebabkan anak2 seronok berjalan2 sambil melihat haiwan yang ada.

Makan tengahari di dalam zoo dan tidak banyak yang boleh dimakan (tidak sempat membuat bento) dan hanya makan ringan sekadar mengalas perut. Selepas itu meneruskan perjalanan kami dengan melihat beruang2 yang tidak dapat kami lihat pada tahun lepas dan ke kawasan haiwan peliharaan jinak seperti kambing, ayam, arnab, poni dll. Zarul dan Zakwan berani memegang kambing walaupun takut2 pada permulaaannya manakala Alya pula langsung tidak berani menyentuh. Pada masa itu, nasib baik babi dan anjing tidak dibiarkan bebas di kawasan itu. Haiwan akan dilepaskan mengikut masa tertentu. Kami keluar dari zoo dalam pukul 3:00 petang.

Seterusnya ke Ameyoko untuk makan tengahari (atau petang??). Seperti selalu jika ke Ameyoko, menu kami adalah kaisen donburi. Papa makan 4 syoku don (amaebi, syake, hotate, tako), mama makan maguro kani ashi don (maguro dan kani), Alya pula syake don (syake). Anak2 puas makan sampaikan sudah bercampur wasabi pun boleh dimakannya. Selepas itu membeli belah di Ameyoko: anggur delaware, unagi kabayaki, manggo, udang. Bertolak pulang ke rumah dari Okachimachi-eki dan masuk sahaja dalam keretapi, Zarul terus tertidur sampai ke Ishikawadai-eki (stesyen keretapi di rumah) kerana keletihan. Zarul hari ini tidak mahu menggunakan stroller dan berjalan dari rumah sehinggalah ke Okachimachi-eki.

salam abg nash..kenal abg nash thru sam..
bestnyer g ueno koen..dulu2 ada bwk hafiy tp bila dah sampai tiba2 diadahnak tutup..huhu..
masa tu winter..dah ada baby kecik nih susah sket la nak g kwsn terbuka mcm nih..panas Wed 23-Jul-2008 07:17
Posted by:nor – [Link]
IP: 125.54.26.181

rajinnyer jalan2 …. bilala diriku merasa udara jepun
ekekekekke Wed 23-Jul-2008 08:17
Posted by:mama hiro – [Link]
IP: 121.120.104.21

nor: salam kenal…kami pun tak lama lagi…kena duk rumah je la…huhu
mama hiro: takpe..ajak je ludi bwk jln2 ke sini… Wed 23-Jul-2008 08:48
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.61

wah zoonya tentu lain dengan di malaysia Mon 28-Jul-2008 12:30
Posted by:SyaidulAzam syaidul@yahoo.com.my – [Link]
IP: 60.48.66.80

salam…saya terjumpa web ni yest and enjoying all the cerita n photos…bestnye dpt duduk kat jepun…i always love japan. culturenye, orangnye…even honeymoon pun i bwk hubby g tokyo.i was with Singapore Airlines last time and slalu la buat route tokyo-lax, osaka, nagoya…tp yg paling kerap tyo-lax..
oh ya utk org umah u tahniah n take care. even kita tak kenal but definitely ur fp will be my fav…keep up posting cz i jz love japan. Thu 7-Aug-2008 00:21
Posted by:afa afarinaripaee@yahoo.com
IP: 202.179.105.18

SyaidulAzam: mmg berbeza la dari segi kebersihan dan kesihatan haiwan2 yg ada…sini lebih sihat dan aktif
afa: saya baru je nak stop masuk entri dlm fp ni..n dalam proses pindahkan semua entri ke https://nashriza.wordpress.com ….so welcome … Fri 8-Aug-2008 05:08
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.61

alahai terlambat rupanya saya jumpa fp awk ni….okla pas ni i will view ur blog pulak… Mon 11-Aug-2008 02:04
Posted by:afa afarinaripaee@yahoo.com – [Link]
IP: 202.179.105.18

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: