no more ‘karachi’

Semalam kami pergi makan di Karachi. Semata-mata untuk pergi makan roti nan dan kari India saja ni, sanggup pergi sampai ke Shinjuku bawa semua anak2 dan seorang kawan yang temporarily visiting as research student di Tokodai, Zatul.

Menu tabehoudai-viking-
Sup tomato, nasi saffron, nan, pelbagai kari (ayam, kambing, sayur), salad, kulit ayam goreng dan potato goreng pedas. Dessert satu jenis saja..kelapa parut santan warna hijau (hard to explain esp. tha taste) dan air lassi dan chai.

Makanan tu kira ‘ma-ma’ (ok je) tapi yang paling tak puas hati the price. Dekat internet, dekat sebesar2 board dia tulis 1000 yen, jadi kita ingatkan dewasa 1000 yen lah…bila nak bayar, baru tahu dah naik harga, sekepala 1500 yen. Kids walaupun baru 2 tahun 1/2 tu 1000 yen sekepala. So total kena bayar 6000 untuk makan kari dengan roti nan saja..sebab yang lain tu tak berapa sedap. Cuma anak2 puas makan roti nan dengan kari ayam dan minum lassi.

Tapi bila sudah bayar dan naik balik ke atas, tengok balik board dia tu baru nampak ada tulis dengan pen merah kecil kat sudut bawah, selain weekdays harga 1500 yen…Kalau cam tu baik pergi Shibuya saje..dahlah dekat sikit…murah sikit..tak jauh nak jalan dari stesyen.

At last, sebab tak tahu nak gi mana, gi Odakyu..tengok ada sale…beli noritake yang tengah sale, 5 cups and saucers, 5 pinggan besar, 5 pinggan kecil sikit, 5 soup plates dan set sudu2…tapi tak sampai lagi..so tak boleh nak masukkan gambar kat sini lagi…shopping ni puas hati lah..sebab dalam 20~30% murah dari biasa kan..so tak rasa tertipu macam kat Karachi.

Bila balik kat Ishikawadai, ada Bon-odori Matsuri (Fiesta Bon-odori) dekat street depan supermarket Peacock. So, anak2 yang tengah lali sebab lepas tidur atas densya, terus mata terbuka..beli kaki goori -abc jepun-, ramune -lemonade- dan tengok tarian unknown. Bon-odori mula lewat tapi sebab mama dah tak larat nak berjalan balik malam tu…cukuplah sekadar melihat the unknown dance.

-riza-
Vocabularies:
かき氷(kaki goori )- Malaysian abc
ラムネ(ramune) – lemonade
踊り(odori) – dance – tarian
祭り(matsuri) – festival – fiesta/pesta
食事(syokuji) – eating – makan
Cth. penggunaan:
どこかに食事にいかない(doko ka ni syokuji ni ikanai?)-Jom pergi makan kat mana-mana.
“taberu” adalah sama dengan “syokuji o suru”; tapi syokuji sahaja adalah noun.

Tagged: ,

4 thoughts on “no more ‘karachi’

  1. lina July 21, 2008 at 5:53 pm

    wah, shopping Noritake. nnt dah sampai tunjuk gambar tau!
    bagus juga tu vocab jepun & contoh ayat.

    noritake belum sampai lagi…sbb kena tunggu stok…so maybe rabu baru sampai…tak lah beli mahal sangat…design biasa shj…pasal vocab n contoh ayat tu…riza yang rajin buat mcm tu…mungkin lepas ni kena ada contoh ayat…tq for comment on that

  2. Faizly July 21, 2008 at 5:53 pm

    kalau p karachi,saya selalu bantai dessert die..hahaha…xtau apesal terasa sedap sgt..try la lain kali p siddique sbb walaupun xder tabehoudai and main order,whatever kari ke aper ke mmg sedap..and almond nan is very highly recommended and cecah dgn butter curry chicken!slurpicios!!!hehehe..

    tula biasanya mmg puas makan…cuma kali ni mcm tertipu dengan harganya…dulu weekend pun masih 1000 yen dan kanak2 separuh harga…siddique di akiba sahaja pernah cuba…insyaallah lepas ni boleh la merasa di tempat lain

  3. hairieusoff July 21, 2008 at 7:18 pm

    dulu saya selalu ke Shalima di Akihabara…saya suka chicken butter marsala…dan cheese nan…kadang2 selalu dpt service yogurt…walaupun air sejuk dpt

    tak pernah pulak dengar restoran Shalima…mungkin lepas ini boleh cuba rasa…Siddique di Akiba..pernah la makan kebab di sana…

  4. rad July 24, 2008 at 1:56 pm

    nash sensei.. nanti dah balik malaysia boleh belasah makan kari mamak puas-puas.. setakat nie saya rasa area bangi mamak paling murah dan puas hati adalah ameer ali dekat fasa 15.. 1000 yen boleh makan untuk satu family.. hehehehe…

    tu mmg port kami breakfast sblm ke jad…hahaha…terkejut gak kami sbb iklan di internet, tepi jalan semua tulis 1000 yen…dan tetiba je nak bayar …kata 1500 yen…maklum la kami ni dtg segerombolan (terasalah mahalnya)….huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: