夏休み(natsu yasumi): summer holiday

Hari ini bermula cuti musim panas untuk Zakwan di Kobato Kindergarten dan hari persekolahan terakhir sebelum cuti musim panas untuk Alya di Senzoku-ike Elementary School. Cuti sekolah di Jepun ini tidak bermaksud cuti sepenuhnya seperti cuti sekolah di Malaysia. Di tadika Zakwan, akan diadakan hari bermain di dalam kolam sambil belajar secara tidak formal. Zakwan perlu ke tadikanya dari 22hb hingga 24hb (minggu hadapan) dan penyertaan adalah tidak wajib, cuma digalakkan hadir untuk merapatkan hubungan antara guru, murid dan ibu atau bapa. Ibu2 akan membantu murid2 seperti menolong tukar pakaian mandi murid2, membersihkan kolam dan sebagainya. Semangat bekerjasama antara ibubapa dan guru2 sangat rapat dan adalah tanggungjawab bersama menjaga tadika (prasarana) dan membantu semasa aktiviti2 dijalankan.

Murid2 perlu datang ke sekolah atau tadika pada hari2 tertentu dengan aktiviti yang telah dirancang dan dianjurkan oleh ibubapa sendiri. Ini adalah sebahagian daripada kerja sukarela dan sumbangan dari ibu atau bapa yang berkelapangan dan mempunyai sesuatu ilmu yang mahu diajar kepada murid2. Ada banyak aktiviti yang boleh disertai seperti aktiviti sukan (flag football, renang, futsal, juggling, badminton, bola tampar dll), seni dan kerastangan (crystal collage, ballon art, puppet show, furoshiki dll), subjek (matematik, syodou dll), sains dan teknologi (membuat teleskop, 4WD car race, PET bottle rocket dll), masakan (ikan, pasta dll) dan banyak lagi aktiviti yang ada [kesemuanya ada 42 aktiviti]. Murid2 bebas untuk memilih aktiviti yang diminati dan dikenakan bayaran dengan kadar yang sangat minimum (kurang dari 1000 yen) untuk menyediakan bahan2 aktiviti. Untuk murid2 yang berada di tahun yang rendah perlu diiringi oleh ibu atau bapa kerana untuk memudahkan proses pengajaran dan aspek keselamatan. Apa yang menarik di sini adalah ibu dan bapa sama2 menyumbangkan idea dan tenaga sambil memberi tunjuk ajar kepada murid2 walaupun untuk aktiviti seharian.

Yang pastinya kerja rumah untuk Alya ada banyak kerana telah diadakan satu sesi perjumpaan antara guru2 dan ibubapa pada minggu lepas hanya untuk menerangkan cara penilaian murid2 dan apa kerja rumah yang perlu diselesaikan oleh murid2 sepanjang cuti sekolah ini. Di sekolah rendah tiada sebarang ujian bulanan atau ujian akhir tahun dan penilaian hanya diberikan dalam skala baik atau perlu meningkatkan usaha mengikut silibus dan target yang telah ditetapkan untuk setiap mata pelajaran secara terperinci. Penilaian dari segi sahsiah juga dititikberatkan. Amat berbeza sistem persekolahan di sini yang tidak menitikberatkan peperiksaan di peringkat sekolah rendah tetapi apabila murid2 masuk ke sekolah menengah rendah, ujian dan peperiksaan adalah lebih kerap diadakan jika dibandingkan dengan sekolah menengah di Malaysia. Tujuan tidak diadakan sebarang peperiksaan kepada murid2 di sekolah rendah adalah untuk melahirkan minat ingin belajar dan mencari ilmu selain menguatkan pengetahuan asas dalam setiap subjek sebelum ke peringkat yang lebih tinggi.

p/s: Alya cuti demam dari hari Isnin sehingga Khamis dan hari ini adalah hari terakhir untuk penggal ini. Apakah penilaian yang telah dibuat oleh guru2nya untuk Alya?

-nash-
Vocabulary:
カウンター (kauntaa) – counter
ゆうびんかわせ (yuubin kawase) – money order
ゆうたい (yuutai) – mail bag
ゆうびんばこ (yuubinbako) – mail box
はがき (hagaki) – postcard

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: