hunger map (peta kelaparan??)

Minggu lepas semasa menonton 世界一受けたい授業 (sekaiichi uketai jugyou: The most useful school in the World), ada seorang pensyarah undangan dari WFP (World Food Programme) iaitu Mdm. Sheila Sisulu [Deputy Executive Director of the World Food Programme (Policy and External Affairs Department)] datang menceritakan mengenai “Hunger Map”. Ditunjukkan peta dunia yang terbahagi kepada beberapa warna dari warna hijau hingga ke warna merah. Hijau bermakna hampir tidak ada rakyat negara itu yang kebuluran (< 2.5% kurang mendapat makanan) dan warna merah bermaksud majoriti rakyat negara itu sedang kebuluran (> 35% kurang mendapat makanan). Ceritanya berkisar mengenai negara2 yang sedang membangun atau mundur kerana kebanyakkan negara tersebut digolongkan sebagai negara kebuluran. Ini bermakna ramai rakyatnya sedang kebuluran dan majoriti negara tersebut terletak di Afrika. Ada banyak punca masalah ini seperti kenaikan harga makanan dunia, penyakit AIDS, bencana alam seperti banjir dan kemarau, persaingan antara sumber makanan & biodiesel dan sebagainya.

Ada disebut bahawa di negara2 Afrika, majoriti rakyatnya yang sedang kebuluran adalah wanita dan kanak2 kerana yang berusaha bercucuk tanam dan bekerja adalah wanita dan kanak2 tetapi hampir setiap keluarga yang makan dahulu adalah lelaki dan hanya sedikit makanan ditinggalkan untuk wanita dan kanak2 tersebut. Saya tidak pernah ke negara Afrika dan tidak boleh bayangkan sampai begitu sekali perbezaan gender sehingga menyebabkan kebuluran yang kronik. Apa yang menarik perhatian saya adalah diantara semua negara2 di Asia Tenggara, hanya Malaysia dan Singapura diwarnakan hijau yang menunjukkan jelas sekali keberkesan pihak kerajaan membasmi kemiskinan. Kita boleh disamakan dengan negara2 seperti Korea Selatan, Jepun di kalangan negara2 di Asia. Ditunjukkan gambar keadaan kanak2 dan wanita yang sedang kebuluran di Afrika. Sedih melihat mereka dan anak2 kami menonton sekali rancangan tersebut. Berbagai2 soalan ditanya mengenai keadaan kanak2 yang sedang kebuluran oleh Alya, Zakwan & Alya dan semestinya kita perlu insaf dan bersyukur dengan kesenangan dan kemewahan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Ini adalah “Hunger Map” yang dimaksudkan:

Jelas sekali kedudukan Malaysia kerana dikelilingi oleh negara2 yang ramai rakyatnya masih kebuluran.

p/s: kita selalu tidak puas dengan apa yang kita ada dan hanya dengan melihat kepada orang yang kurang bernasib baik dari kita barulah kita insaf dengan rezeki yang kita perolehi.

-nash-
Vocabulary:
ゆうびんきょく (yuubinkyoku) – post office
じゅうしょ (juusyo) – address
てんびん (tenbin) – weighing scale
つうちょう (tsuuchou) – bankbook, passbook
こづつみ (kozutsumi) – parcel

Tagged: , ,

5 thoughts on “hunger map (peta kelaparan??)

  1. rad July 17, 2008 at 1:27 pm

    semoga negara kita dijauhkan dari keadaan kemiskinan memandangkan tak sampai sebulan minyak naik kadar inflasi dah naik 8%..

    inflasi naik satu ganda bermakna rakyat makin tersepit dan dihimpit terutama yang berkaitan dengan harga makanan yang semakin naik..tanahairku…

  2. nashriza July 17, 2008 at 2:20 pm

    diharapkan janganlah warna hijau pada peta malaysia bertukar ke kuning kerana inflasi dan kenaikan harga bahan makanan…

  3. Aina@Azila July 17, 2008 at 2:43 pm

    I love this entry. This is a very useful info. And I also agree with you, “harap harap, jangan laa warna hijau peta Malaysia bertukar jadi kuning”….Lately, dah banyak kes kecurian. dsn yang mencuri tu bukan ‘pencuri berbakat’, mereka mencuri sebab desakan hidup, tak cukup duit nak makan. Keadaan amat merisaukan..Doakan semoga Malaysia kekal makmur.

    dapat tahu pasal hunger map ni pun melalui tv…dengan kenaikan peratus inflasi ini tidak mustahil suatu masa nanti golongan yang tidak cukup makanan akan bertambah dan segala usaha selama ini hanya tinggal sejarah…fokus pada kenaikan harga minyak dan bahan makanan kerana lepas ni bermacam chain reaction akan berlaku…tak perlu tunggu dan lihat…ramai2 kita berdoa..

  4. lina July 17, 2008 at 7:59 pm

    bersyukur kerana negara kita masih makmur. Tapi ini bukan bermakna kita dpt alpa dlm kesenangan kita. Lihat shj rancangan Bersamamu di TV3, berapa ramai keluarga yg berada di bawah paras kemiskinan. Apatah lagi dgn kenaikan harga sekarang.

    kalau kerajaan tidak betul2 berusaha menangani masalah kenaikan serba serbi ni dengan betul….akan bertambahlah golongan yang berada di bawah paras kemiskinan…

  5. riza July 18, 2008 at 10:28 am

    I asked my friend from Mongolia about this, but she said in Mongolia the hunger is not up to the serious level, which means comparatively not as high as in Africa. I wonder how did that get this statistic???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: