islam hadhari

Ini ada pendapat mengenai Islam yang sangat tepat dan menyeluruh:
Menurut Imam Al-Banna, “Islam adalah system hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan”. Hakikat ini merupakan suatu yang jelas diketahui umum pada masa sekarang dan sering diperkatakan. Adakah kita benar-benar memahami hakikat ini? Marilah kita sama-sama kembali kepada maksud asal Islam yang syumul kerana yang lebih penting adalah hakikat sesuatu perkara bukanlah nama perkara tersebut.

Islam menurut Imam Al-Maududi adalah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan. Berdasarkan kepada maksud tersebut Islam lebih merupakan kata kerja daripada kata nama semata-mata. Maka Islam adalah agama yang mementingkan kepada pengamalan yang dituntut oleh Islam. Bahkan Islam bukanlah sekadar agama semata-mata, ia merupakan system hidup yang dialami dan dijalankan oleh setiap makhluk yang tercipta di dunia ini.

Dan ini pula e-mail yang diterima mengenai pandangan Ulama Dr Wahbah Zuhaily:

Thursday, June 26, 2008
ISLAM HADHARI SESAT!!! SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.

Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.

Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan
lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia . Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

p/s: kenapa perlu ada Islam Hadhari padahal Islam boleh digunapakai selari dengan perubahan zaman

-nash-
Vocabulary:
うしごや (ushigoya) – cow shed
かかし (kakashi) – scarecrow
たんぼ (tanbo) – paddy-field
かわ (kawa) – river
のうふ (noufu) – farmer

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: